Datuk Seri Jamal Yunos Kongsi Pengalaman Terpaksa Bermalam Dalam Lokap Selama 27 Hari Dan Cukup Kagum Dengan Kekentalan Anwar Ibrahim Mampu Meringkok Dalam Penjara Selama Berbelas Tahun...



Memetik laporan Astro Awani, demikian luahan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ketika ditemui pada Majlis Doa Selamat dikediamannya semalam.

"27 hari saya duduk tidak ada kebebasan. Di situ saya diberi kesempatan, kesedaran dan keinsafan yang sangat luar biasa yang saya bertekad untuk perbaiki lagi ilmu, solat, al-Quran saya."



"Bagi saya, Alhamdulillah saya dipenjarakan 27 hari, saya dapat keinsafan, pelajaran dan manfaat yang sangat berguna."

Menurutnya, situasi dalam tahanan membuatkan beliau lebih positif dan kental berdepan kehidupan yang serba kekurangan.

"Apabila dibukakan saja pintu sel itu saya rasa macam masuk dalam kubur. Penjara itu ukurannya sedepa dan panjangnya dua depa setengah.. di situlah bilik air, mandi dan tempat tidur."

Tambah beliau, situasi itu juga membuatkannya membayangkan kekentalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima hukuman penjara selama berbelas tahun.



Dalam pada itu, Jamal memohon agar dipertimbangkan membenarkan tahanan menghisap rokok kerana larangan yang dibuat langsung tidak memberi kesan kepada tahanan.

Beliau juga mahu kerajaan lebih prihatin dengan kebajikan warden-warden penjara.-

Sumber Datuk Seri Jamal Yunos Kongsi Pengalaman Terpaksa Bermalam Dalam Lokap Selama 27 Hari Dan Cukup Kagum Dengan Kekentalan Anwar Ibrahim Mampu Meringkok Dalam Penjara Selama Berbelas Tahun...

0 Response to "Datuk Seri Jamal Yunos Kongsi Pengalaman Terpaksa Bermalam Dalam Lokap Selama 27 Hari Dan Cukup Kagum Dengan Kekentalan Anwar Ibrahim Mampu Meringkok Dalam Penjara Selama Berbelas Tahun..."

Post a Comment