“Betullah HUSNA Perampas Tu Wujud Dalam Dunia Realiti”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dicerai 3 Kali Kerana Perempuan Lain



Mengisahkan isteri teraniaya, watak perempuan perampas dibawakan Husna menjadikan media sosial medan menjadi tempat lepas geram kepada nama HUSNA. Bukan saja orang ramai tetapi ada juga artis seperti Datuk Aznil Nawawi memberikan komen kenapa perlu ganggu rumahtangga orang?.

Realitinya, soal perampas dalam rumah tangga orang memang wujud dari zaman nenek moyang cuma tak di exposekan sebegini. Cuma sejak zaman bawang membawang ini, ia menjadi medium orang ramai untuk mengutuk si perampas rumah tangga. Biarpun ia hanya sekadar lakonan tetapi cara orang ramai melepaskan perasaan seolah-olah perampas dianggap sebagai “perempuan” yang tak perlu dikasihani langsung!

Cakaplah apa saja tentang perempuan yang meruntuhkan rumahtangga orang lain, semuanya pasti naik angin dan memberi komen berlebihan. Jadi bila seorang isteri luahkan yang rumahtangganya diganggu gugat oleh perempuan lain sehingga akhirnya terpaksa bercerai, luahan itu ternyata menjadi trending kerana ramai yang bersimpati dengan nasib menimpanya. Ramai memuji wajahnya yang cantik, sanggup berkorban tetapi ternyata cinta seorang lelaki boleh berubah begitu sahaja.

Inilah perkongsian seorang bekas isteri, Syuhaidah Ebie yang membuat luahan hatinya dan mendapat perkongsian lebih 20k di media sosial dua minggu lalu.


Jadi benarlah HUSNA itu wujud dan memang ada wanita yang ditinggalkan suaminya kerana perempuan lain.





Sumber “Betullah HUSNA Perampas Tu Wujud Dalam Dunia Realiti”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dicerai 3 Kali Kerana Perempuan Lain

0 Response to "“Betullah HUSNA Perampas Tu Wujud Dalam Dunia Realiti”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dicerai 3 Kali Kerana Perempuan Lain"

Post a Comment