Apakah hukum makan dakwat sotong? Adakah ianya najis? halal atau haram? bolehkah dimakan atau tidak?




HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
By: Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan pandangan ulama, pihak ulama lebih cenderung berpandangan memakan sotong adalah diharuskan begitu juga dengan pasinya. kerana ia sebahagian hidupan laut.


Dalam konteks pasi sotong, ia sebahagian anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat daripadanya kerana tiada sebarang nas syarak yang jelas melarang memakannya.

Sehubungan itu, ia tertakluk kepada asal sebagaimana kaedah Fiqh yang menyebut berdasarkan kepada nas umum yang din bermaksud 'asal pada sesuatu adalah harus sehinggalah terdapatnya dalil yang mengharamkannya.'

Justeru, masakan sotong beserta pasinya juga adalah sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat. Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah menyebut maksudnya 'Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum'.



Oleh itu, dengan mengambil kira faktor ini, memakan pasi sotong bukanlah ia sesuatu yang kotor dan menjijikkan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima masyarakat lain.

Para ulama berbeza pandangan, antaranya sesetengah ulama Mazhab Hanafi menjatuhkan hukum memakan sotong sebagai haram kerana bukan tergolong daripada jenis ikan.

Berdasarkan hujah ulama-ulama tersebut, kami mengqiyaskan habitat sotong sama seperti tikus kerana sotong memakan semua jenis makanan sama ada baik atau kotor di dalam laut dan apabila tikus diharamkan, maka tikus laut (sotong) juga diharamkan.

Qiyas kedua bagi ulama Mazhab Hanafi tersebut ialah sotong mempunyai dakwat hitam yang kotor, sehubungan itu memakan sotong adalah haram.

Namun begitu, ia bukan pandangan majoriti mazhab ini, bahkan terdapat sebahagian ulama Mazhab Hanafi yang mengharuskan makan sotong.

Dalam Mazhab Syafie pula, hukum memakan sotong adalah harus dan ia sebahagian daripada haiwan laut yang diharuskan untuk dimakan.



SUMBER: Al-Kafi Li Al Fatawi ke-464: Hukum Makan Dakwat Sotong, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita semua lebih jelas selepas mendengar pencerahan fatwa dari Mufti  di atas inshaaAllah. Moga bermanfaat!

Sumber Apakah hukum makan dakwat sotong? Adakah ianya najis? halal atau haram? bolehkah dimakan atau tidak?

0 Response to "Apakah hukum makan dakwat sotong? Adakah ianya najis? halal atau haram? bolehkah dimakan atau tidak?"

Post a Comment