Pentadbiran KERAJAAN PAKATAN HARAPAN Sekarang Sudah Semakin Huru Hara - Ellie Suriaty



Kelantangan pelakon Ellie Suriaty Omar mengecam Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas PRU14 dibuat apabila aktres itu tidak rela melihat kerajaan baru itu terus memegang tampuk pemerintahan untuk lima tahun lagi.

Jelas Ellie, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad banyak menunjukkan kelemahan HARAPAN malah turut gagal menunjukkan sisi yang positif selepas dua bulan menerajui negara.

Berkijut adalah wawancara Malaysiakini dengan pelakon, pengarah dan penulis skrip tersebut;

Malaysiakini: Apakah harapan Ellie untuk Malaysia pada masa akan datang?

Ellie: Lagi lima tahun kita hendak ambil alih. Kita boleh lihat pentadbiran sekarang huru-hara..

Malaysiakini: Kenapa Ellie berkata demikian? Apakah yang Ellie tidak puas hati dengan HARAPAN?

Ellie: Mereka hanya harapkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah ada dalam kabinet. Menteri-menteri lain tu tidak ada pengalaman. Dulu bolehlah nampak perdana menteri dan menteri sama-sama handal.

Lihatlah siapa barisan menteri dalam BN.



Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri selepas 15 tahun pada usia 93 tahun. Saya bukan nak biadab namun ini satu perbezaan amat ketara berbanding kali pertama beliau dilantik menjadi perdana menteri pada 1981 dulu.

Keadaan sudah tidak sama sebaik beliau kembali pada 2018. Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga tidak pandai menguruskan Malaysia.

Dia bukan sahaja spin (putar belit) apabila mendakwa hutang negara cecah RM1 trilion, tetapi turut menyalahkan kerajaan terdahulu.

Kemudian buka Tabung Harapan Malaysia. Macam mana bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak boleh janjikan kenaikan gaji dan banyak insentif untuk penjawat awam sekiranya ekonomi negara tidak kukuh?

Malaysiakini: Adakah ini bermaksud demi masa depan, bagi mendapat sokongan rakyat dalam tempoh lima tahun ini Ellie harapkan akan berlaku kerjasama di antara PAS dengan BN?

Ellie: Saya seronok sekiranya BN bergabung dengan PAS. Ini merupakan sesuatu yang saya nanti-nantikan sejak sekian lama.

Mungkin tidak melibatkan mana-mana orang masuk keahlian parti kerana mereka ada parti masing-masing, namun bagi saya gabungan tersebut perlu ada kerana amatlah rugi orang Melayu tidak bersatu.

Ellie turut menjawab berkenaan kemunculannya pada himpunan bersama pertubuhan bukan kerajaan sambil menyatakan sokongan penuh terhadap institusi beraja, bangsa Melayu dan agama Islam.

Disebabkan pendirian dan aksi-aksinya di himpunan tersebut, Ellie dikecam segelintir pihak kerana disifatkan mengamalkan perkauman.

Malaysiakini: Dituduh seorang yang rasis, bagaimana pendirian Ellie berkenaan perkara ini?

Ellie: Betul ramai yang menuduh saya rasis. Kalau benar saya rasis, saya tidak akan masuk NGO seperti Pergerakan Sivil dan Hak Asasi Manusia Malaysia (CHaRM) dan Pemantau Malaysia Baru.

Saya hanya bersuara berhubung penindasan terhadap bangsa Melayu dan Islam. Jika orang kita nafikan perkara itu maka ia satu kerugian. Kalau tidak bersuara dan saya tak lakukan sesuatu, apakah isu itu akan reda dengan sendiri?



Malaysiakini: Ellie dilihat sangat tegas dalam menyuarakan kesetiaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V baru-baru ini, boleh komen?

Ellie: Kenapa ada budak minta hapuskan sistem beraja dalam kerajaan? Adakah dia tidak sedar berapa juta lagi rakyat masih kasihkan raja-raja? Raja merupakan penimbang tara dan sepatutnya kita bersyukur kerana ada sembilan raja di negara ini.

Raja Melayu adalah pakaian kita. Ia melambangkan jiwa bangsa sebelum kedatangan orang Cina dan India. Orang Melayu dan penduduk asli merupakan rakyat asal.

Melayu Nusantara kuat, adakah kita mahu jadi  seperti di Indonesia apabila suatu ketika dulu raja-raja mereka dibunuh?

Malaysiakini: Mengikut pandangan Ellie, mengapa timbul isu sedemikian?

Ellie: Bagi saya mereka tidak faham atau mungkin terpengaruh dengan idea-idea politik luar. Tinggal terlalu lama belajar di luar negara dan bawa idealisitik itu ke Malaysia. Tetapi dia perlu faham Malaysia bukan Amerika.



Apabila saya membangkitkan perjuangkan agama dan bangsa, itu sememangnya tanggungjawab saya.

Saya tidak mahu terkilan suatu hari nanti kerana tidak berbuat apa-apa.

-malaysiakini

Sumber Pentadbiran KERAJAAN PAKATAN HARAPAN Sekarang Sudah Semakin Huru Hara - Ellie Suriaty

0 Response to "Pentadbiran KERAJAAN PAKATAN HARAPAN Sekarang Sudah Semakin Huru Hara - Ellie Suriaty"

Post a Comment