Pemuda ini pergi bengkel motor dan minta untuk tukar skru,tetapi kedai motor ini rosakkan sebiji motor dan tak nak bertanggungjawab.


Untuk menyelesaikan permasalahan berhubung dengan kenderaan seharian , ada yang memilih untuk menghantar kenderaan masing masing di kedai yang menawarkan servis membaiki kenderaan sahaja.

Namun lain pula jadinya apabila viral seorang lelaki yang telah menengking tauke kedai servis membiaki motosikal. Lelaki tersebut menengking dan memarahi insividu individu yang terlibat dengan kedai tersebut kerana kedai tersebut dikatakan enggan untuk bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan oleh mekanik kedai tersebut kepada seorang pelanggan yang berang dengan kejadian tersebut apabila motosikalnya tidak disiapkan dalam tempoh yang lama dan seolah olah langsung tidak ingin mombaiki motosikal pelanggannya itu kerana bimbang akan mendatangkan kerugian.



Lelaki tersebut dikatakan telah datang seminggu sebelumnya untuk membaiki motosikalnya di kedai tersebut . Bahagian yang perlu ditukar cumalah skru ekzos namun salah seorang mekanik kedai tersebut telah melakukan kesalahan dengan menaiki motosikal tersebut lalu terbalik sewaktu mengendalikan motosikal tersebut .

Motosikal tersebut yang kini telah kerosakannya telah meningkat sehingga lebih RM1000 ringgit enggan dibaiki oleh kedai tersebut . Mekanik tersebut juga dikatakan telah melarikan diri.

Netizen mula berusaha membantu lelaki tersebut memviralkan kes tersebut memandangkan jika dilihat didalam video kedai tersebut seolah olah langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan kerugian yang disebabkan dengan kecuaian kakitangan mereka .

 Kedai tersebut telah diboikot oleh orang ramai berhubung dengan kejadian tersebut .



sumber : https://ift.tt/2LMA4bc

Sumber Pemuda ini pergi bengkel motor dan minta untuk tukar skru,tetapi kedai motor ini rosakkan sebiji motor dan tak nak bertanggungjawab.

0 Response to "Pemuda ini pergi bengkel motor dan minta untuk tukar skru,tetapi kedai motor ini rosakkan sebiji motor dan tak nak bertanggungjawab."

Post a Comment