"Pakatan Harapan akan tetap perjuangkan kedudukan orang Melayu, Bumiputra, bahasa Melayu, Islam, Raja-raja Melayu..." - Saifuddin



Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah meneggaskan kerajaan PH menjaga kepentingan agama dan semua kaum di negara ini.

Menurut Safuddin, PH tidak seperti UMNO dan Pas yang hanya memperjuangkan satu kaum dan agama.

Malah menurut beliau semua itu telah termaktub dalam manifesto PH.

” PH tidak ada niat untuk mengusik perkara-perkara pokok dalam Perlembagaan malahan dalam manifesto, perjanjian kedudukan bahasa Melayu, Islam serta Raja-raja Melayu akan dipertahankan.



” Namun seandainya berlaku pertembungan politik antara PH yang pelbagai kaum serta agama dengan UMNO dan Pas yang hanya memikirkan soal satu agama, pilihannya di sini (PH).

” PH yang tetap perjuangkan kedudukan orang Melayu, Bumiputra, bahasa Melayu, Islam, Raja-raja Melayu tetapi dalam masa yang sama sangat inklusif dengan semua kaum dalam satu kepimpinan.

” Bermakna kita menjaga masa depan seluruh rakyat Malaysia melawan BN 2.0. UMNO sebagai Abang Long ‘berkahwin’ dengan Pas. Saya tidak kata salah. Itu pilihan mereka” ujarnya sewaktu menyampaikan ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis, malam tadi.

Tambah Saifuddin yang juga Menteri Luar Negeri, menjaga kepentingan agama lain juga adalah sunnah dibuat Nabi Muhammad SAW.



” Kita tahu Islam itu ‘rahmatan lil alamin’. Nabi SAW menunjukkan jalan bagaimana umat Islam wajib memelihara kepentingan kaum lain dan agamanya.

” Ini sunnah yang perlu kita sambung, tentunya dengan kaedah berbeza pada zaman dan tempat yang berbeza. Tetapi kumpulan lagi satu nampak gayanya dia nak menjaga hanya kumpulan mereka sendiri, kaum serta agama tertentu sahaja” jelasnya.



Menurut Saifuddin lagi, selepas kekalahan pada PRU14, UMNO meneruskan hayatnya dengan berkawan rapat bersama Pas hinggakan parti Islam itu memberi laluan kepada Umno dan tidak bertanding pada PRK kali ini.

-astroawani

Sumber "Pakatan Harapan akan tetap perjuangkan kedudukan orang Melayu, Bumiputra, bahasa Melayu, Islam, Raja-raja Melayu..." - Saifuddin

0 Response to ""Pakatan Harapan akan tetap perjuangkan kedudukan orang Melayu, Bumiputra, bahasa Melayu, Islam, Raja-raja Melayu..." - Saifuddin"

Post a Comment