Kenapa dia nak salahkan aku sedangkan anak tu keluar dari perut dia dan bukan dari perut aku?



aku marah isteri sebab dia tak boleh tunaikan impian aku

Asalamualaikum admin dan krt, aku seorang suami yang akungkan isteri aku. Aku seorang ushawan yang berjaya, aku mempuanyai 5 buah rumah dan 7 buah kereta mewah, aku berkahwin dengan seorang wanita hafazan al quran.

Wanita ni anak yatim piatu, seorang yang pintar, dan solehah. Apa yang aku ingin kan dia akan turutkan. Walaupun dirumah ada 5 orang pembantu. Tapi isteri aku lah yang mengurus makan minum aku..3 tahun berumah tangga, tapi isteri aku belum hamil, dan isteri aku hamil tahun ke 5 kami berumah tangga.

Pada saat itu aku jaga isteri aku, aku berharap isteri lahirkan anak lelaki, tapi malangnya isteri aku lahirkan anak perempuan. Anak pertama aku terima walaupun aku kecewa.. namun yang membuatkan aku sangat kecewa, isteri aku hanya mampu lahirkan 3 orang anak perempuan.. aku sungguh terkilan..



Aku bagi tau isteri, aku teringin anak lelaki dan isteri salahkan aku. Kenapa dia nak salahkan aku sedangkan anak tu keluar dari perut dia dan bukan dari perut aku aku marah isteri sebab dia tak boleh tunaikan impian aku, aku aku cakap pada isteri kalau dia tak lahirkan anak lelaki aku terpaksa kawin lagi.

2 tahun menunggu isteriku tak hamil lagi, aku ambil keputusan untuk kawin isteri ke dua namun isteri kedua tak hamil, juga dan aku kawin isteri ketiga tapi tak hamil, dan aku ambil keputusan untuk kawin ke 4. Tapi tiba2 isteri pertamaku hamil lagi.. Alhamdulillah akhirnya isteriku dapat anak lelaki kembar.. soalannya disini, adakah perlu aku ceraikan isteri kedua dan ketiga sebab mereka tak dapat penuhi apa yang aku impikan?

Krt

Kes 2

Bila dah nikah saye tak boleh sambung study sebab suami tak bagi nak kerja pon tak boleh selepas 3 bulan menikah saye mengandung



saye seorang budak berumur 21 tapi saye dah menjadi seorng isteri… Bila dah nikah saye tak boleh sambung study sebab suami tak bagi nak kerja pon tak boleh selepas 3 bulan menikah saye mengandung tapi kandungan saye gugur mase 6 bulan. suami saye langsung tak bagi saye balik rumah parent saye. berpantang sebab gugur pon rumah mertua. saye sedih sangat sebab rindu parent saye.

tapi suami saye tu macam tak faham je perasaan saye seorang anak. mak mertua saye tu memang la ok. tapi dia suka mengungkit. sebab tu saye tak selesa duduk dengan mertua. tapi dalam masa yang sama mertua saye ni buatkan bilik baru untuk saye dan suami untuk kita orang terus tinggal dengan dia. dia nak kita orang tinggal dengan dia untuk senang dia nak pegi mana2 nak pegi hospital ke ape…



tapi masalah nye saye langsung tak selesa duduk dengan dia. sebab dia suka bising2 itu ini dekat suami saye sebab dalam keadaan saya yang tak berapa mampu nak buat apa2 ni memang saye uruskn hal saye je tak sentuh rumah pon memang dia tak bising dekat saya tapi bila dia bising2 saye jadi rimas.

 jadi tak selesa jadi tak senang duduk rasa serba salah sebab terasa yang mak mertua saye bising2 suruh laki saye buat itu ini sebab saye duduk rumah tu tak buat apa padahal laki saye penat balik keje, agak2 ape yang patut saye buat?pindah rumah ke jalan terbaik pada masalah saya ni? Harap akak2 abang2 dalam ni sudi berkongsi pendapat dengan saya..

Krt




Sumber Kenapa dia nak salahkan aku sedangkan anak tu keluar dari perut dia dan bukan dari perut aku?

0 Response to "Kenapa dia nak salahkan aku sedangkan anak tu keluar dari perut dia dan bukan dari perut aku?"

Post a Comment