8 Pemerintah Terkaya Sepanjang Zaman

Sebenarnya, selain para Firaun yang mempunyai harta kekayaan yang pernah dikongsi oleh saudara Helmi Effendy, terdapat ramai lagi pemerintah dari seluruh pelosok dunia yang mempunyai kekayaan mereka tersendiri dari zaman 4 tamadun terawal hingga zaman awal kemodenan. Berikut adalah 8 orang pemerintah terkaya dalam sejarah:

1. Gilgamesh

Gilgamesh adalah raja kaum Sumer di Mesopotamia yang memerintah kota Uruk dari tahun 2800 SM sejak kota tersebut berkembang maju mendahului kota Eridu iaitu kota pertama dibina di awal kelahiran tamadun Mesopotamia. Menurut manuskrip Epic of Gilgamesh, baginda adalah raja yang sempurna.

Baginda mempunyai kekayaan harta benda sehingga menjadikan kota Uruk dan jajahan sekitar miliknya, kecergasan tubuh badan, wira yang tidak mengenal kematian, dan kecerdikannya sehingga baginda menggelarkan dirinya sebagai “Raja kepada seluruh raja” dan mengaku dirinya adalah manusia separa dewa (demigod).

Walau bagaimanapun, kehidupan sebenar raja Uruk ini masih kabur kerana tiada sumber lain yang boleh membuktikan kekayaan sebenar baginda. Maka, Gilgamesh dianggap sebagai raja yang masih mempunyai unsur mitologi. Jika benar apa yang ditulis dalam epic tersebut, Gilgamesh mungkin adalah raja pertama terkaya di dunia.

2. Nabi Sulaiman A.S (Jumlah kekayaan: $2.1 trillion dollar)

Dalam sejarah kekayaan pemerintah, Nabi Sulaiman A.S atau King Solomon masuk dalam carta pertama sebagai raja terkaya dunia. Baginda adalah pemerintah kerajaan bani Israel dari tahun 970 SM hingga 931 SM. Sepanjang pemerintahannya, banginda mendapat ufti sebanyak 25 tan emas – bersamaan $64.3 billion dollar.

Jumlah ini tidak termasuk lagi hasil dari aktiviti perdagangan, ufti dari kerajaan lain, dan penghasilan sumber. Kerusi takhta baginda dikatakan bersalut dengan emas dihiasi dengan gading. Bersama takhta itu adalah 6 tangga dan 12 buah patung singa emas bersusun di setiap tangga. Tambahan pula bangku kaki juga bersalut emas. Istana emas milik Nabi Sulaiman A.S menjadikan baginda adalah raja berpengaruh memerintah Jerusalem selama 40 tahun.

3. Basil II (Jumlah kekayaan: $169.4 billion dollar)


Basil II adalah maharaja Rom Timur pada zaman dinasti Macedonia dari tahun 958 hingga 1025. Di awal pemerintahan, baginda mengalahkan keluarga bangsawan Anatolia yang sekian lama menggugat takhtanya dalam perang saudara. Hubungan diplomatik dengan kerajaan Rus (Rusia dan Ukraine kini) menghasilkan pembentukan organisasi gabungan tentera elit dan kejam bernama Varangian Guards. Kekayaan Basil II melonjak setelah berjaya menumbangkan kerajaan Bulgaria yang sekian lama menjadi musuh selama 2 abad. Kerana kekejaman Basil II membutakan hampir seluruh tawanan perang seramai 15,000 orang, baginda digelar ‘Penyembelih Bulgar’. Dari penaklukan itulah kekayaan Basil II tidak pernah putus selama 4 abad.

4. William The Conqueror (Jumlah kekayaan: $229.5 billion)


William The Conqueror adalah raja England berketurunan Normandy bermula dari tahun 1066. Baginda bersama para tentera Normandy mara dari utara Perancis ke kepulauan Britain, menumbangkan kerajaan-kerajaan Anglo-Saxon sehingga baginda dapat mengalahkan raja England dahulu iaitu raja Harold II dalam Peperangan Hastings. Kenaikan takhta raja William menjadikan baginda sebagai raja England dengan darah bangsawan Normandy dan raja Eropah terkaya dalam sejarah, memiliki Britain dan utara Perancis.

5. Musa I (Jumlah kekayaan: $400 billion dollar)

Musa I adalah Mansa kesepuluh yang memerintah kerajaan Mali dari tahun 1280 hingga 1337. Gelaran Mansa bermaksud ‘Raja Segala Raja’ dan maharaja yang layak memerintah kerajaan kaya itu. Pada tahun 1324, Musa I bersama para rombongan pergi menunaikan haji. Menariknya tentang rombongan seramai 60,000 orang adalah 12,000 orang hamba membawa 4-lb bongkah emas setiap seorang. Para pengutus pula memakai jubbah sutera dan membawa tongkat emas.

Rombongan itu sentiasa Musa I menjaga dengan baik sehingga mereka tiba di destinasi. Tambahan pula, 80 ekor unta yang membawa 50 hingga 300 kantung emas setiap seekor itu baginda dermakan kepada fakir miskin sepanjang perjalanan. Emas itu juga digunakan untuk urusan perdagangan di Mekah, Cairo, dan Madinah. Dikatakan juga baginda membina masjid setiap kali hari Jumaat tiba. Rombongan haji Musa I penuh mewah telah disaksikan oleh orang ramai dan kisah perjalanan mereka banyak dicatat dalam jurnal dan sumber sejarah lain. Dari situlah Musa I dikenali sebagai manusia terkaya dan pemurah dalam sejarah.

6. Akbar The Great (Jumlah kekayaan: $340 billion dollar)

Akbar The Great adalah raja berpengaruh dan termasyhur dalam dinasti Mughal apabila India mencapai evolusi ekonomi, budaya dan politik. Di zaman pemerintahannya, selain menubuhkan sistem pentadbiran berpusat, baginda melaksanakan projek tambakan tanah sehingga projek tersebut menjana pengeluaran sumber agrikultur yang besar. Sistem percukaian juga menjadi cekap tanpa membebankan masyarakat India. Dengan perkembangan sebegini, tidak mustahil kekayaan empayar Mughal adalah tiga kali ganda semasa Akbar memerintah sehingga baginda memiliki harta berjumlah 99 juta rupee.

7. Tsar Nicholas II (Jumlah kekayaan: $300 billion dollar)

Tsar Nicholas II yang lahir di Rusia pada tahun 1868 adalah maharaja terakhir empayar monarki Tsar Rusia dari tahun 1894 hingga Revolusi Februari 1917. Pada umur 48 tahun, kekayaannya mencecah US$881 juta dollar – bersamaan dengan US$290 billion jika ditukar kepada mata wang kini. Sepanjang pemerintahannya, Rusia kalah teruk dalam Peperangan Russo – Jepun yang mana peperangan itu diakhiri dengan kemusnahan armada Rusia Baltic dalam Perang Tsushima.

Dalam Perjanjian Anglo – Rusia, Rusia dan United Kingdom sepatutnya bersama-sama menumbangkan pengaruh Jerman di Timur Tengah tetapi ia diakhiri dengan konfrontasi antara dua kerajaan ini dalam konflik Great Game. Di sini Nicholas II terpaksa terlibat dalam Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914 sehingga 3.3 juta orang Rusia syahid. Bila baginda mangkat, kekayaannya mencecah $900 juta dollar – bersamaan $300 billion dollar kini, menjadikan baginda salah satu pemerintah terkaya dunia.

8. Osman Ali Khan (Jumlah kekayaan: $230 billion dollar)
Osman Ali Khan adalah Nizam atau pemerintah terakhir kerajaan Hyderabad dari tahun 1911 hingga 1948 sehingga kerajaan itu diserap masuk dalam India. Sepanjang menjadi Nizam, baginda mempunyai kekayaan mencecah US$2 billion dollar pada awal 1940-an namun kerajaan Union India hanya melaporkan kekayaan Nizam itu hanya US$1 billion dollar. Nizam Osman dikatakan adalah antara manusia terkaya terakhir di Asia Selatan.

Dikatakan dalam peti simpanan baginda diisi dengan kepingan emas dan perak berjumlah £100 juta dan barang kemas berjumlah £400 juta. Ada antara barang kemas ialah berlian Jacob yang amat berharga, berjumlah £100 juta yang Nizam biasa gunakan berlian itu sebagai pemberat kertas. Baginda juga mempunyai beratus-ratus ekor kuda lumba, beribu-ribu pakaian uniform, dan sedozen kereta Rolls-Royces. Bila dikira kekayaannya, ia berjumlah $236 billion dollar.

RUJUKAN:

1.      Black, Jeremy; Green, Anthony (1992), Gods, Demons and Symbols of Ancient Mesopotamia: An Illustrated Dictionary, Austin, Texas: University of Texas Press, pp. 166–168

2.      Mandal D. (2014), 10 Of The Richest People From History Before The Industrial Revolution. https://ift.tt/2MVAbOH

  1. Top 10 Richest People of All Time in Human History.  https://ift.tt/2KBMByv
  2. Kramer, Samuel Noah (1961), Sumerian Mythology: A Study of Spiritual and Literary Achievement in the Third Millennium B.C.: Revised Edition, Philadelphia, Pennsylvania: University of Pennsylvania Press

0 Response to "8 Pemerintah Terkaya Sepanjang Zaman"

Post a Comment