(5 Gambar) Inilah Yang Dikatakan Jodoh Tidak Pernah Salah Alamat, Pemuda 28 Tahun Ini Nekad Mengahwini Nenek Tua Berusia 82 Tahun Walau Bermacam Halangan Dihadapi



Selepas setahun saling kenal-mengenali, Sofian yang bekerja di sebuah bengkel mengatakan yang dia mengenali Martha selepas wanita itu tersilap mendail nombor telefonnya.

 “Setahun lalu saya menerima panggilan telefon daripada pemanggil tidak dikenali, saya menjawab dan kami berkenalan. Sejak hari itu kami sering berhubung tanpa mengetahui umurnya," katanya pada Kompas.com

Sofian yang nekad untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius telah mengunjungi Martha di Lelama dan pertama kali bersua muka dia sangat terkejut.



"Saya tidak sangka Martha sudah setua ini. Namun, kami berasa benar-benar jatuh cinta, dan sepakat melanjutkan hubungan ini," kata Sofian.

Walaupun perkahwinan mereka dibantah oleh ramai pihak, namun mereka tidak berganjak dengan keputusan yang telah dibuat.



“Kami tidak tahu calon isterinya seorang nenek. Kami sangat terkejut namun apa lagi mahu dikata. Kami lihat mereka saling menyayangi, lalu bersetuju dengan pilihannya. Jodoh itu urusan Tuhan," kata ibu Sofian, Magdalena, 60.



Sementara itu, Martha berkata yang dia sangat bersyukur pada Tuhan kerana dipertemukan dengn Sofian yang boleh menguruskannya pada usia emas itu.

Sumber (5 Gambar) Inilah Yang Dikatakan Jodoh Tidak Pernah Salah Alamat, Pemuda 28 Tahun Ini Nekad Mengahwini Nenek Tua Berusia 82 Tahun Walau Bermacam Halangan Dihadapi

0 Response to "(5 Gambar) Inilah Yang Dikatakan Jodoh Tidak Pernah Salah Alamat, Pemuda 28 Tahun Ini Nekad Mengahwini Nenek Tua Berusia 82 Tahun Walau Bermacam Halangan Dihadapi"

Post a Comment