SAH…Tengku Razaleigh sertai pemilihan jawatan Presiden UMNO

[ Gambar - Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersama Tengku Razaleigh semasa hadir majlis berbuka puasa di rumah Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu di Kuala Lumpur baru ini] Setelah menjadi bahan spekulasi hangat kebelakangan ini... kini sudah tiada teka teki lagi.Tengku Razaleigh Hamzah sudah sah akan masuk gelanggang untuk pemilihan jawatan Presiden UMNO pada 30 Jun ini.
 
Beliau dijangka berdepan dengan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang sudahpun mengemukakan pencalonan untuk jawatan nombor satu UMNO itu.
 
Bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu membuat pengumuman tawar diri untuk jawatan itu dalam sidang akhbar di rumahnya di Kuala Lumpur awal petang Sabtu – sehari sebelum tarikh tutup pencalonan untuk pemilihan jawatan UMNO.
 
Beliau tidak membuat pakatan dengan calon-calon lain termasuk dengan calon Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan dan Tan Sri Anwar Musa.
 
Katanya semua adalah ‘Team UMNO’.
Antara yang hadir di sidang akhbar itu ialah bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Baharom.Kedua mereka tawar diri untuk jawatan Naib Presiden.
 
Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tawar diri kerana ingin membawa perubahan kepada parti dan yakin UMNO yang ada 54 kerusi Parlimen boleh bangkit semula.
 
Katanya sebagai ahli UMNO sejak tahun 1962 beliau yakin mampu memimpin UMNO dengan baik.
 
Tengku Razaleigh juga adalah Ahli Parlimen yang paling senior di Dewan Rakyat sekarang yakini sejak 1969.
 
Menjawab soalan beliau memberitahu setakat ini sudah mendapat sokongan untuk pemilihan jawatan itu dari kalangan ahli bahagian-bahagian UMNO seluruh negara.
 
Pada soalan lain katanya sewaktu bertemu dengan Zahid baru-baru ini mereka berdua tidak membincangkan apa-apa mengenai pemilihan jawatan.
 
Zahid menemui beliau selepas dilantik sebagai Naib Presiden yang jalankan tugas Presiden UMNO ekoran perletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO.
 
Katanya beliau juga tidak bincang soalan sokongan untuk pemilihan jawatan itu ketika bertemu dengan Najib baru-baru ini.
 
Ditanya apa kelebihan beliau untuk membuat ahli UMNO buat pilihan antaranya dengan Zahid yang kini sudah jalankan tugas Presiden,beliau ringkas jawab, “ saya nak bawa perubahan”.
 
Mengenai kedudukan Barisan Nasional kalau dipilih memimpin UMNO,Tengku Razaleigh kedudukan gabungan yang kini tinggal UMNO,MCSA.MIC dan Gerakan masih kekal.
 
Katanya beliau berhajat untuk perkasakan lagi BN.- 16/6/2018
 
 


Sumber SAH…Tengku Razaleigh sertai pemilihan jawatan Presiden UMNO

0 Response to "SAH…Tengku Razaleigh sertai pemilihan jawatan Presiden UMNO"

Post a Comment