Reezal Merican dan Shaikh Hussein calon MT UMNO P.Pinang

UMNO Pulau Pinang akan menghantar dua pencalonan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu bagi pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga Ketua UMNO Bahagian Parlimen itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, selain beliau, turut mengemukakan pencalonan untuk jawatan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Ir. Shaikh Hussein Mydin.

“Kita (UMNO Pulau Pinang) hanya tampilkan dua calon iaitu satu muka lama (beliau sendiri) serta muka baharu (Shaikh Hussein) dan kedua-dua kami masih muda iaitu bawah 50 tahun.

“Ini (pencalonan) bagi penuhi syarat parti yang mahukan orang muda (untuk jawatan MT) untuk sesi 2018-2021 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pemilihan Pengerusi baharu bagi menggantikan penyandang ketika ini, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hanya akan dibuat selepas pemilihan UMNO berlangsung.

“Ketika ini, beliau (Zainal Abidin) masih lagi Pengerusi (UMNO Pulau Pinang) dan menjalankan tugas-tugas sebagai Pengerusi,” katanya yang memberitahu, jawatan tersebut dibuat secara lantikan dan bukan pemilihan.-16/6/2018



Sumber Reezal Merican dan Shaikh Hussein calon MT UMNO P.Pinang

0 Response to "Reezal Merican dan Shaikh Hussein calon MT UMNO P.Pinang"

Post a Comment