KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan menghantar bidaan rasmi pada minggu depan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki 2022.
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata badan induk itu akan turut menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki 2019 dan Pusingan Akhir Siri Dunia Wanita 2021.
Kejohanan Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki 2019 adalah kelayakan untuk Sukan Olimpik 2020 dan Pusingan Akhir Siri Dunia Wanita 2021 untuk kelayakan Piala Dunia 2022.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 2002.
"Saya boleh katakan hampir pasti kita akan menganjurkan Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki pada Jun 2019 memandangkan FIH sendiri yang menawarkan tugas itu kepada kita dan ahli exco bersetuju," katanya pada sidang media selepas selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif badan itu di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Subahan tetap menaruh keyakinan bahawa skuad lelaki negara dapat meraih pingat emas pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini bagi memastikan mereka meraih slot automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Beliau yakin perancangan strategik yang telah direncanakan oleh ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen dan Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh akan membantu badan induk itu merealisasikan sasaran berkenaan.
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada edisi 2000 di Sydney, Australia yang menyaksikan mereka menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan bertanding.
-- BERNAMA
Sumber
Malaysia tawar diri tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
Related Posts :
“Suruh kurus, ubah cara bercakap, minta RM20 untuk duit minyak” – Gadis ni kongsi pengalaman pahit keluar first date
“Suruh kurus, ubah cara bercakap, minta RM20 untuk duit minyak” – Gadis ni kongsi pengalaman pahit keluar first date
Kami pasti setiap dar… Read More...
“Wanita sila tahu hak anda, apa yang boleh tuntut, simpan harta sendiri” – Kahwin 10 tahun cerai kerana ego, ini pengajaran untuk mereka yang kahwin muda
“Wanita sila tahu hak anda, apa yang boleh tuntut, simpan harta sendiri” – Kahwin 10 tahun cerai kerana ego, ini pengajaran untuk mereka ya… Read More...
Video: Viral pencuri dibakar hidup-hidup di daerah Madura? Amaran video kejadian sangat ngeri!
Video: Viral pencuri dibakar hidup-hidup di daerah Madura? Amaran video kejadian sangat ngeri!
Seorang lelaki dibakar hidup-hidup kerana d… Read More...
Viral cincin Swarovski buat jualan murah sampai netizen jadi gila, gadis ini dedah pernah beli dan ini yang dia dapat…
Viral cincin Swarovski buat jualan murah sampai netizen jadi gila, gadis ini dedah pernah beli dan ini yang dia dapat…
Baru-baru ini tular… Read More...
Bekas Orang Gaji Indonesia Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 7 TahunBekas Orang Gaji Indonesia Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 7 Tahun
Bibik kepada Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang menjadi… Read More...
0 Response to "Malaysia tawar diri tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022"
Post a Comment