Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mendakwanya merayu supaya mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pada 7 Jun lalu.
Naib Presiden UMNO yang jalan tugas Presiden itu dalam posting di twitter Khamis berkata apa yang disampaikannya dalam ucapan ketika Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak Rabu adalah benar.
“Saya berkata benar kepada ahli-ahli UMNO. Orang luar tidak perlu masuk campur dan membuat pelbagai andaian dan dakwaan apa yang saya sampaikan demi untuk kepentingan dan kebaikan UMNO. #PemilihanUMNO,” katanya.
Zahid juga berkata orang yang menuduhnya merangkak untuk merayu untuk berjumpa Mahathir dan penipu adalah orang yang mengaturkan pertemuan tersebut.
“Saya tidak pernah merangkak dan bukan saya yang meminta untuk berjumpa Tun Dr Mahathir. Dato Khairuddin yang menuduh saya penipu itulah yang sebenarnya menghubungi dan mengaturkan perjumpaan dengan Tun Dr. Mahathir,” ujarnya.
Terdahulu Khairuddin menerusi laporan sebuah portal berita Khamis menuduh Zahid kaki penipu dan kaki pembelit dalam isu pertemuan dengan Dr Mahathir.
Orang kuat Dr Mahathir itu mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang memintanya mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri .- 21/6/2018
Sumber Jumpa Dr Mahathir : Zahid jawab tuduhan Khairuddin beliau yang merayu...
0 Response to "Jumpa Dr Mahathir : Zahid jawab tuduhan Khairuddin beliau yang merayu..."
Post a Comment