Debat calon Presiden UMNO….Khairy setuju cadangan Tengku Razaleigh…Zahid enggan ulas

Jadi ke tidak? Kalau jadi ia boleh dikira satu pembaharuan menarik dalam arina politik negara ini dan pasti satu episod yang sangat dinantikan.
 
Ini sudah tentu berkenaan cadangan Tengku Razaleigh Hamzah diadakan debat antaranya dengan dua calon jawatan Presiden UMNO lain yakni Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin.
 
Bekas Menteri kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu membuat cadangan itu dalam satu temubual dengan sebuah syarikat televisyen swasta pada Rabu.
 
Satakat ini cadangan beliau telah disambut oleh Khairy yang bersetuju menyertainya.
 
Ketua Pemuda UMNO dan bekas Menteri Belia dan Sukan yang ditanya soalan mengenai cadangan itu dalam sidang akhbar di PWTC petang Khamis kata, "Setengah orang kata satyu perdebatan tidak perlu kerana ini pemilihan dalam keluarga (UMNO) ...kenapa tidak”.
 
Beliau menilai debat berkenaan akan menyuburkan lagi demokrasi dalam UMNO dan politik negara.
 
“Calon diuji dan diukur melalui pemikiran, idea serta kesungguhan melalui visi yang jelas kepada rakyat.
 
“Mesej saya juga jelas iaitu untuk menguatkan UMNO supaya diterima oleh rakyat Malaysia,” katanya. 
 
Apapun beliau kata perbincangan mengenai perjalanan debat itu perlu dilakukan termasuk siapa yang layak menjadi moderator.
 
Sementara itu Zahid yang ditemui wartawan selepas hadir satu majkis di PWTC tidak lama selepas sidang akhbar Khairy selesai enggan mengulas mengenai cadangan debat Tengku Razaleigh itu.
 
Beliau cuma kata rujuk pada satu ucapan yang bakal dibuatnya nanti.
 
Sebelum itu ketika ditanya wartawan pada majlis perjumpaan khas UMNO di Dewan Tun Razak Temerloh pada sebelah pagi juga enggan mengulas.
 
Naib Presiden yang jalankan tugas Presiden itu Cuma kata, “Tidak apalah, itu cadangan daripada dia (Tengku Razaleigh Hamzah). Yang kita berikan penekanan, pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik,”
 
 Selain Tengku Razaleigh, Zahid dan Khairy, empat lagi calon yang akan bertanding bagi mengisi jawatan Presiden UMNO ialah penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat (UMNO Bangi), Mohamed Iqbal Maricair (UMNO Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin (UMNO Iskandar Puteri).
 
Namun mereka tidak dikira sebagai calon serius.- 20/6/2018
 


Sumber Debat calon Presiden UMNO….Khairy setuju cadangan Tengku Razaleigh…Zahid enggan ulas

0 Response to "Debat calon Presiden UMNO….Khairy setuju cadangan Tengku Razaleigh…Zahid enggan ulas"

Post a Comment