Akibat cemburu suami hentak tukul terpacak dikepala isteri..sorok mayat nya dibawah lantai rumah (5Gambar)

Labuan : Seorang lelaki bernama Faizal Gabir, 24, kini giat dikesan oleh pihak berkuasa kerana telah melakukan pembunuhan dengan kejam terhadap isteri nya.
Harian Metro melaporkan mayat wanita ditemui terendam di dalam kumbahan di bawah dapur rumahnya dengan mukanya ditutup tuala serta terdapat tukul di kiri kepalanya, dipercayai dibunuh oleh suaminya di Kampung Kiansam Lama, Labuan, malam tadi.
Mayat Siti Ratna Enok, 24, ditemui oleh bapanya kira-kira 9 malam selepas curiga tidak melihat kelibat anaknya selama dua hari kerana mangsa dilihat kali terakhir pada 18 Jun lalu, bersama suaminya.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, bapa mangsa mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya apabila tidak melihatnya dalam tempoh dua hari lalu ke rumah anaknya dan mengumpil pintu rumah yang berkunci.
"Ketika bapa mangsa masuk ke dalam rumah, dia terhidu bau busuk dari bahagian dapur rumah anaknya.



"Bapa mangsa kemudian memeriksa dan membuka satu keping papan lapis pada lantai dapur rumah lalu menemui mayat anaknya dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, bapa mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung sebelum satu laporan polis di buat pada jam 12.01 tengah malam tadi.
"Pemeriksaan polis menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di dalam lubang kumbahan yang terdapat di bawa lantai dapur rumah mangsa.
"Mayat yang terendam ditutupi dengan tuala dan terdapat sebuah tukul di bahagian kiri kepala mangsa serta kesan cedera di dahi dan leher," katanya.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan termasuk mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri.
"Mangsa dan suami (suspek) baru berkahwin lapan bulan lalu.
"Polis kini giat mengesan suspek yang juga suami mangsa berusia 24 tahun," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Alfatihah 


Sumber Accident Portal

0 Response to "Akibat cemburu suami hentak tukul terpacak dikepala isteri..sorok mayat nya dibawah lantai rumah (5Gambar)"

Post a Comment