ziana zain cerai

ziana zain cerai

ziana zain cerai

ziana zain cerai: Hasrat penyanyi terkenal Ziana Zain untuk mengakhiri perkahwinannya dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri terbantut selepas suaminya itu membangkitkan isu mengenai hak penjagaan ke atas anak-anak mereka.

Ketika kes mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, Armin Zaharin memberitahu Hakim Syarie Mohd Nizam Mohtar bahawa beliau bersedia untuk menceraikan Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, namun beliau inginkan hak untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

“Saya boleh lepaskan (Ziana) tetapi saya nak (mahu) dapatkan persetujuan bersama ke atas hak berjumpa anak-anak. Saya nak (mahu) dibenarkan jumpa anak-anak,” katanya.

Ziana bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau telah dinasihatkan oleh peguam dan pihak polis supaya tidak membenarkan anak-anak mereka berjumpa Armin Zaharin buat masa ini kerana dibimbangi mengganggu kes jenayah yang dihadapi lelaki itu.

Armin Zaharin sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelaki mereka berusia 9 tahun menggunakan sebatang rotan, di rumah mereka di Denai Alam di sini, pada Februari lepas.

“Anak-anak saya adalah saksi dalam kes itu dan saya dinasihatkan kalau boleh mereka tidak dibawa berjumpa bapa mereka kerana takut akan dipengaruhi bapa mereka. Saya tiada halangan untuk mereka berjumpa selepas kes (jenayah) selesai, saya hanya ikut arahan polis,” kata Ziana.

Mohd Nizam kemudian merekodkan bahawa Armin Zaharin tidak bersetuju dengan perceraian itu dan mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 supaya kes tersebut dirujuk ke jawatankuasa pendamai.

Beliau menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes itu.

“Sebarang pertikaian atau tuntutan berhubung hak penjagaan anak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah sebab saya tiada kuasa untuk mendengar atau memutuskan perkara ini,” kata Mohd Nizam.

Ziana, 50, yang popular dengan lagu Madah Berhelah, mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin, 53, pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Armin Zaharin adalah bekas pramugara tetapi kini tidak bekerja.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah Ziana berkata beliau kini berasa tenang selepas memfailkan perceraian terhadap Armin Zaharin yang dikahwininya selama 20 tahun.

“Saya berasa tenang kerana kita tahu dia bagaimana orangnya. Sepanjang usia perkahwinan kami, saya rasakan kehidupan saya bagai dalam neraka…setiap kali selesai bekerja, saya seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah sehingga bila saya lihat pagar rumah saya meraung.

“Anak-anak juga stres dengan perilaku Armin sehingga seorang daripada anak saya terpaksa dirujuk ke psikiatri selepas menghidap sindrom kemurungan sejak umur 14 tahun. Saya pun tidak percaya bagaimana saya boleh bersabar sepanjang perkahwinan kami dan tindakan perceraian ini adalah kemuncak kesabaran saya,” katanya sebak.

— BERNAMA

 

 



Sumber ziana zain cerai

0 Response to "ziana zain cerai"

Post a Comment