Biarpun kalah, rendang tetapn Onz!!! (Gambar: Berita Harian)
Paling menarik perhatian adalah ketika beliau mengagihkan rendang secara percuma kepada penduduk Bukit Antarabangsa.
Mungkin itu cara Azwan Ali atau Diva AA bermesra dan mendekati pengundi di sana.
Sedikit sebanyak mempelbagaikan rencah berkempen. Tiada rendang mungkin suram tempoh berkempen sepanjang Pilhan Raya Umum 14 (PRU-14).
KALAH DITANGAN ABANG SENDIRI
Namun, rendang saja tidak cukup menyakinkan pengundi Bukit Antarabangsa untuk memilih beliau. Diva AA tewas di tangan abangnya Datuk Azmin Ali dengan hanya 90 undian.
Azmin Ali sebaliknya masih mengekalkan kerusi dengan 30,892 undi dengan majoriti sebanyak 25,512.
Biarpun kalah terdapat satu perkara menarik anda perlu tahu.Azwan Ali semalam menyatakan yang beliau akan tetap menunaikan janjinya untuk mengagihkan rendang percuma kepada penduduk Bukit Antarabangsa.
"Saya sudah lakukan yang terbaik untuk PRU14. Yang penting, Diva AA tetap akan menunaikan janji seperti nak belanja rendang," katanya kepada Mstar.
Oleh itu kepada kesemua penduduk Bukit Antarabangsa, jangan lupa nantikan agihan rendang percuma sebaik diumumkan oleh Diva AA nanti.
Sumber Why Bother! Rendang Tetap Rendang!
0 Response to "Why Bother! Rendang Tetap Rendang!"
Post a Comment