Video Rosmah duet dengan Mawi tular kerana PRU14

Lagu yang dirakam pada 2005 itu adalah untuk menjayakan kempen Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah dan dijadikan lagu tema.

VIDEO INSIDE

Klip lagu yang dirakam beberapa tahun lalu membuat pusingan memandangkan ia memaparkan kelibat isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan penyanyi lelaki yang juga pemenang rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi.

Video lagu berjudul Lara Jiwa ini didapati muncul semula selepas beberapa hari pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun Mawi atau nama penuhnya, Asmawi Ani tidak begitu selesa apabila pusingan kali ini dilibatkan dengan unsur politik.

Dalam satu temuramah dengan Harian Metro, Mawi meminta supaya video tersebut tidak dipolitikkan atau disalah anggap dan diviralkan dengan niat menimbulkan cerita buruk.

Katanya, lagu yang dirakam pada 2005 itu adalah untuk menjayakan kempen Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah di mana lagu itu dijadikan lagu tema.

Namun, dia tidak menyangka ia viral dan resah jikalau menganggu punca pendapatannya sebagai seorang penyanyi.

“Ia lagu yang saya buat dengan orang kenamaan selepas memenangi Akedemi Fantasi. Saya masih baru dalam dunia hiburan ketika itu,” katanya yang akui tiada kepentingan dengan mana-mana pihak.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Video Rosmah duet dengan Mawi tular kerana PRU14

0 Response to "Video Rosmah duet dengan Mawi tular kerana PRU14"

Post a Comment