KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.
Ia merupakan majlis berbuka puasa yang julung kali dihadiri oleh Tun Mahathir bersama warga PDRM tahun ini.
Turut hadir sama adalah isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Turut mewarnai majlis adalah kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar dan Ketua-Ketua Polis Negeri.
Tun Mahathir dan isteri tiba di perkarangan masjid sekitar jam 7.10 malam tadi.
Antara lain yang turut hadir dalam majlis berbuka puasa ini adalah 80 pelajar Tahfiz Darul Furqan, Kampung Padang Balang, Sentul.
Majlis diteruskan dengan solat Isyak disusuli dengan solat Terawih bersama dif-dif kehormat.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,000 warga PDRM.
Sumber
Tun Mahathir berbuka puasa bersama warga polis
Related Posts :
Lapan tahun kru kabin di Arab Saudi, sehari selepas pulang ke tanah air plan punah kerana PKP… saat buntu mujur adik bagi idea, kini tiap hari live jual bundleLAPAN tahun bertugas sebagai kru kabin di awan biru bukanlah satu tempoh yang singkat.
Malah, Norhajar Aishya Che Ismail, 31, banyak menguki… Read More...
“Teruja Dengan Fasa Baru Ini,” – Preity Zinta Timang Cahaya Mata Kembar Menerusi Proses Ibu TumpangPelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta telah mengumumkan menerusi akaun Instagramnya yang dia dan suami, Gene Goodenough telah bergelar ib… Read More...
[VIDEO] Segala Persiapan Dah Siap & Rancang Nikah Minggu Depan, Wanita Akur Bakal Suami Men1nggal Dunia – ‘Saya Tak Kuat Awak…’Hasrat seorang wanita untuk disatukan bersama calon pilihan hati tidak kesampaian apabila bakal suaminya men1nggal dunia dijemput Sang Penci… Read More...
‘Hati-Hati Pakai Tudung Fazura, Teng0k Kiri Kanan’PETALING JAYA – Sebuah video pendek TikTok menyaksikan selebriti kesayangan ramai, Nur Fazura melakukan ‘terjahan’ secara rawak terhadap seo… Read More...
[VIDEO] Setianya ‘Cinta’, Tak Lalu Makan & Minum Kerana Terlalu Rindukan TuanWalaupun kucing ini seekor haiwan yang tidak boleh berkata2 dan meluahkan emosi mereka tetapi kucing ini merupakan makhluk yang sangat setia… Read More...
0 Response to "Tun Mahathir berbuka puasa bersama warga polis"
Post a Comment