Terima siapa pun jodoh: Ernie Zakri

SEJAK mula rapat, kedua-dua penyanyi ini kerap digosipkan tambah pula keserasian terserlah menerusi lagu Aku Cinta.

Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 25, berkata, dia juga tidak menolak andai ditakdirkan bakal suami terdiri daripada kalangan rakan artis.

"InsyaALLAH saya aminkan sahaja dengan sesiapa pun saya terima.

"Saya tak boleh cakap tak mahu sebab ini jodoh. Katakan dua tahun lagi tiba-tiba saya dah kahwin," jelasnya berseloroh sambil berdoa dan mengaminkan dalam hati.

Terdahulu difahamkan pemenang anugerah Vokal Terbaik AJL32 menerusi lagu Aku Cinta, Ernie Zakri menggunakan gambar Syamel sebagai wallpaper telefon bimbit.

Walau bagaimanapun, apa yang dilihat oleh sumber adalah sebaliknya.

Jelas Ernie, perkara itu tidak benar tetapi tidak menafikan gambar Syamel digunakan.

"Sebenarnya bukan gambar wallpaper, cuma saya letakkan gambar untuk panggilan masuk sahaja. Kebetulan pula Syamel call dan keluar gambar dia.

"Dia call untuk bincang fasal persembahan pentas masa DFKL2018 baru-baru ini," katanya.



Sumber Terima siapa pun jodoh: Ernie Zakri

0 Response to "Terima siapa pun jodoh: Ernie Zakri"

Post a Comment