“Tak Sertai Politik Untuk Menjadi Selebriti” – Syed Saddiq Luah Rasa Kesal

“Tak Sertai Politik Untuk Menjadi Selebriti” – Syed Saddiq Luah Rasa Kesal
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa kesal apabila dikaitkan dengan beberapa wanita termasuklah pelakon popular, Emma Maembong.

Menerusi laman Twitternya, Saddiq, atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan beliau menyertai politik bukan untuk menjadi seorang selebriti.

“Saya tidak menyertai politik untuk menjadi seorang selebriti. Tolong lah fokus kepada tawaran saya kepada anak muda (Rumah Mampu Milik/High Speed Internet/Tangguh PTPTN) dan pelan pembangunan untuk jadikan #MuarMutiaraJohor

“Please. Gosip tidak akan menyelesaikan masalah anak muda.#YouthPower,” luahnya.
 

Terdahulu, Emma Maembong menafikan dakwaan cuba memikat Syed Saddiq selepas video 'boomerang' yang dimuat naik aktres itu menjadi perbualan hangat.

Selain Emma, beliau juga turut dikaitkan dengan Neelofa selepas muncul dalam program MeleTOP pada Selasa.
 


Sebelum ini, netizen mendakwa pemimpin muda Pakatan Harapan ini sudah berpunya selepas satu foto dikongsi oleh pengguna Instagram dengan ID @salmah.jones menjadi viral.

BACA: "Yes, Siapa Sebarkan Gosip Ni" - Syed Saddiq Masih Single
 
 



Sumber “Tak Sertai Politik Untuk Menjadi Selebriti” – Syed Saddiq Luah Rasa Kesal

0 Response to "“Tak Sertai Politik Untuk Menjadi Selebriti” – Syed Saddiq Luah Rasa Kesal"

Post a Comment