'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau gelaran popularnya, Mat Sabu, sebentar tadi menafikan kisah mengenai dirinya yang tular di media sosial. 
Menjawab pertanyaan seorang netizen di Twitter, Mat Sabu menafikan perbualan itu kononnya dibualkan bersama kakitangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang viral di media sosial sehingga mendapat ribuan likes dan shares. 

Dalam kisah yang viral itu, Mat Sabu didakwa enggan menaiki kenderaan rasmi kerajaan itu kerana segan dan tidak mahu menyalahgunakan aset kerajaan. Sebaliknya hanya mahu pergi ke pejabat MINDEF menggunakan kereta Perodua Viva miliknya. 
Dalam pada itu juga, Mat Sabu memaklumkan orang ramai tidak terperdaya dengan akaun-akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya. Sebaliknya, beliau telah mewujudkan akaun rasminya Facebook: Mohamad Sabu, Twitter: @MSabu_Official dan Instagram: msabu_official untuk diikuti bagi mengetahui perkembangan terkini mengenainya. 
Jelas beliau, tiga akaun media sosial itu diwujudkan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan orang ramai. 
BERITA BERKAITAN: 


Sumber 'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John

0 Response to "'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John"

Post a Comment