
Pergerakan lori itu dikatakan membawa keluar barangan tersebut dari kediaman Najib kira-kira pukul 4.45 petang.
Bagaimanapun, semua petugas media masih tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa keluar itu.
Pihak polis juga tidak mengulas lanjut tentang barangan rampasan yang dibawa keluar oleh rumah bekas perdana menteri itu di Taman Duta di sini petang tadi.
BACA: Setakat 4 petang, rumah Najib masih digeledah - PolisPasukan polis masih mengawal ketat di luar pekarangan rumah beliau dari malam tadi.
BACA: Polis rampas beg tangan, pakaian, hadiah dari kediaman Najib
Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Astro AWANI melaporkan, sepasukan polis telah menggeledah rumah beliau sejak jam 10.15 malam Rabu.
BACA: TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan satu kenyataan rasmi pihak polis akan dikeluarkan sejurus selepas siasatan selesai.
Sumber Puluhan kotak dibawa keluar dari rumah Najib Razak
0 Response to "Puluhan kotak dibawa keluar dari rumah Najib Razak"
Post a Comment