Proses pengundian lembab, BN Pulau Pinang tegur SPR

SPR: Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, berkata walaupun ramai pemilih hadir pada sebelah pagi, mereka diminta beratur dalam satu barisan menyebabkan barisan menjadi begitu panjang.

Calon BN bagi kerusi negeri Tanjong Bungah itu berkata pengundian berjalan dengan ‘sangat perlahan’, terutama di kawasan Parlimen Bukit Bendera. (Gambar Reuters)

GEORGE TOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung apa yang beliau dakwa sebagai kelemahan dalam mengendalikan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Calon BN bagi kerusi negeri Tanjong Bungah itu berkata pengundian berjalan dengan “sangat perlahan”, terutama di kawasan Parlimen Bukit Bendera, yang dikendalikan staf Pejabat Tanah Daerah Timur Laut.

“Di dewan atau saluran tertentu, hanya seorang pemilih membuat pengundian pada satu-satu masa, walauapun 2 petak mengundi disediakan dan saya rasa terdapat terlalu banyak pegawai baharu yang mengendalikan tempat itu,” katanya selepas mengundi di pusat pengundian di cawangan Sekolah Kebangsaan St Xavier di sini.

Beliau berkata walaupun banyak pemilih hadir pada sebelah pagi, tetapi mereka diminta beratur dalam satu barisan dan itulah yang menyebabkan barisan menjadi begitu panjang serta memaksa sesetengah pemilih berdiri dalam panas terik.

Teng, yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang, menggesa pihak berkuasa menyiasat panggilan telefon palsu yang dilapor diterima banyak pemimpin politik dan calon.

“Pihak berkuasa perlu siasat apa yang berlaku itu. Kenapa ia berlaku khususnya ketika ini?” katanya.

Teng mendakwa beliau juga menerima panggilan seperti itu petang semalam, tetapi tidak menjawabnya kerana nombor yang tidak dikenali itu ketara berasal dari luar negara.

“Saya sering mendapat panggilan telefon seperti itu, tetapi kami tidak menjangka ia berlaku semasa pilihan raya,” katanya.

Teng berdepan dengan calon DAP Zairil Khir Johari, Chua Cheong Wee daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Lee Zheng Yong daripada Parti Bersatu Malaysia dalam pertandingan empat penjuru bagi kerusi Tanjong Bungah.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Proses pengundian lembab, BN Pulau Pinang tegur SPR

0 Response to "Proses pengundian lembab, BN Pulau Pinang tegur SPR"

Post a Comment