Pengampunan diraja akan membolehkan Anwar terlibat secara langsung dalam politik serta merta.
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata pengampunan diraja penting buat Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding pembebasannya pada 8 Jun depan.
Wan Azizah berkata pengampunan akan membolehkan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam politik serta merta.
“Kita jangkakan proses pengampunan itu mengambil masa dalam seminggu atau 2 minggu dan perlukan kebenaran dari pengarah Jabatan Penjara Malaysia untuk melepaskan Anwar.
“Pengampunan itu penting bagi membolehkan dia terlibat secara langsung dalam persada politik di Malaysia,” katanya pada sidang media di Hospital Rehabilisasi Cheras hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengampunan diraja untuk Anwar dibincangkan dalam pertemuan antara Sultan Muhammad V.
Yang Di Pertuan Agong menyatakan kesediaannya memberi pengampunan kepada Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabit kesalahan meliwat.
“Agong menyatakan beliau bersedia untuk memberi pengampunan kepada Anwar dalam kadar segera. Kami akan lakukan proses sewajarnya untuk dapatkan pengampunan Anwar, bukan sahaja dia mendapat pengampunan, tetapi dia juga akan dibebaskan serta-merta,” kata Dr Mahathir sebelum ini.
Wan Azizah berkata pembebasan Anwar lebih mudah kerana terdapat akta yang membolehkan Anwar dibebaskan segera jika dia berkelakukan baik.
“Jika pengarah jabatan penjara Malaysia berpuas hati dengannya, dia boleh dibebaskan secepat mungkin, mungkin dibebaskan pada Isnin, tetapi saya tidak tahu.
Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal PH bagi pilihan raya umum ke-14. Dr Mahathir akan menyerahkan jawatan selepas ketua umum PKR layak memegang jawatan perdana menteri.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Pengampunan lebih penting berbanding pembebasan, kata Wan Azizah
0 Response to "Pengampunan lebih penting berbanding pembebasan, kata Wan Azizah"
Post a Comment