Nazim mahu bekas isteri teruskan hidup dengan tenang

PELAKON Nazim Othman menyedari ramai pihak mempersoalkan banyak perkara mengenai perceraiannya dengan Bella Dally.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 34, berkata ada juga yang memberi pandangan serta cadangan untuk mereka berdua menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Anda mungkin mempersoalkan banyak perkara, menyatakan pendapat dan malah mencadangkan penyelesaian untuk kami.

"Tapi, tak semestinya anda boleh kata apa saja seolah-olah tahu semua benda.

"Kami yang hidup bersama dan sepakat memilih untuk mengakhiri segalanya cukup sampai di sini sahaja," kata Nazim.

Nazim meluahkan perasaannya menerusi laman Instastory pada Jumaat selepas menerima pelbagai pertanyaan daripada netizen.

Tambah Nazim lagi, dia sebolehnya mahu menyimpan perkara itu namun terpaksa meluahkan kerana ingin melihat bekas isterinya meneruskan kehidupan dengan tenang.

"Saya mahu menyimpan segalanya seboleh mungkin tapi saya luahkan sebab saya mahu dia teruskan hidup dengan tenang dan kejar cita-citanya.

"Apa yang anda tahu hanyalah luaran semata, lebih baik kita biarkan sebegitu," tulisnya.

Dalam pada itu, Nazim turut mengucapkan terima kepada peminat yang memahami keadaannya dan mendoakan Allah sentiasa merahmati kehidupan mereka.

"Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati kalian juga," katanya.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Mona Lisa ini mengumumkan perkahwinannya dengan Bella Dally telah pun berakhir.

Nazim dan Bella memilih untuk berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram masing-masing pada Khamis sempena 1 Ramadan.



Sumber Nazim mahu bekas isteri teruskan hidup dengan tenang

0 Response to "Nazim mahu bekas isteri teruskan hidup dengan tenang"

Post a Comment