Nama, Foto Syed Saddiq dijadikan pelaris jualan

POPULARITI yang diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, 26, kini dikatakan setanding selebriti terkenal apabila mendapat perhatian yang luar biasa daripada peminat semenjak bergelar YB.

Apa sahaja yang dilakukan Saddiq atau di mana sahaja dia berada pasti sahaja mencuri perhatian ramai terutamanya golongan wanita yang rata-ratanya menyenangi personaliti muda kelahiran Muar, Johor ini.

Disebabkan populariti tersebut jugalah, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan pengaruh Saddiq menerusi nama mahupun gambarnya sebagai tarikan untuk melariskan jualan barangan jualan mereka.

Terbaharu, Saddiq menerusi laman Instagram dan Twitternya telah berkongsi beberapa keping gambar yang menyaksikan nama dan gambarnya digunakan sebagai pelaris.

“I should start charging these people. Terima kasih kepada rakan rakan yang kongsikan ini kepada saya. Moga rezeki bertambah. #MuoMutiaraJohor,” tulis Saddiq sebagai kapsyen pada gambar tersebut.

Ternyata Saddiq begitu sporting, malah dalam masa yang sama turut mendoakan agar rezeki pihak terbabit semakin bertambah.



Sumber Nama, Foto Syed Saddiq dijadikan pelaris jualan

0 Response to "Nama, Foto Syed Saddiq dijadikan pelaris jualan"

Post a Comment