Pada saingan itu, pelumba Ducati, Jorge Lorenzo gagal mempertahankan pencapaian terbaik pada 10 pusingan pertama apabila dipecut oleh Marquez sekaligus ketinggalan di tempat kedua.
Namun hasrat Lorenzo untuk menaiki podium pada saingan itu tidak tercapai apabila terlibat dalam insiden bersama pelumba Respol Honda, Dani Pedrosa yang cuba memintasnya di selekoh keenam dan juga melibatkan rakan sepasukannya, Andre Dovizioso.
Hanya berbaki lapan pusingan untuk tamat perlumbaan, ketiga-tiga pelumba tersebut gagal meneruskan dan memberi Marquez meraih kemenangan dengan mudah apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 41:39.678.“Sebelum perlumbaan bermula, saya diyakinkan bahawa saya boleh menang pada saingan ini dan ia tidak memberi tekanan kepada saya kerana bermula di barisan kedua,” kata Marquez.
Grand Prix (GP) menyaksikan pelumba Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco yang juga merupakan rakan sepasukan Hafizh Syahrin menduduki tempat kedua dan diikuti pelumba Suzuki, Andea Lannone di tempat ketiga.
Sementara itu, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dengan catatan masa keseluruhan 45:58.288.
Hafizh Syahrin yang dikenali sebagai El Pescao terlibat dalam satu kemalangan ketika berbasikal dalam sesi latihan di Cataluna, Sepanyol pada minggu lalu.
Sumber MotoGP Sepanyol: Marquez juara di laman sendiri
0 Response to "MotoGP Sepanyol: Marquez juara di laman sendiri"
Post a Comment