Lee Seo Won mengaku cabul rakan artis ketika mabuk

PELAKON Lee Seo Won mencetuskan kontroversi apabila didakwa cuba mencabul seorang rakan selebritinya ketika dia berada dalam keadaan mabuk.

Koreaboo melaporkan ketika kejadian Seo Won didakwa cuba mencium wanita tersebut namun permintaan itu ditolak menyebabkan dia cuba menyerang artis tersebut.

Seo Won bagaimanapun mengakui perbuatannya itu selepas dia dibawa ke balai polis.

Pelakon itu memberitahu dia berada dalam keadaan mabuk selain turut meminta maaf kepada wanita tersebut yang didakwa adalah seorang aktres.

Dalam pada itu, Seo Won terpaksa menanggung akibat atas perbuatannya itu selepas dia disingkirkan daripada program Music Bank.

Malah dia yang sepatutnya muncul dalam drama bersiri About Time digantikan tempatnya dengan aktor lain.



Sumber Lee Seo Won mengaku cabul rakan artis ketika mabuk

0 Response to "Lee Seo Won mengaku cabul rakan artis ketika mabuk"

Post a Comment