Lee Mi Do bimbang kehamilan beri kesan pada drama

PELAKON Lee Mi Do membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Lee Mi Do berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya pada Jumaat mendapat perhatian.

"Saya ada berita yang mahu dikongsikan kepada semua. Saya kini sedang hamil. Saya dapat tahu tentang kehamilan ini ketika sedang menjalani penggambaran Hold Me Tight.

"Tapi saya beritahu sekarang sebab saya bimbang ia akan memberi kesan kepada drama tersebut," jelas Lee Mi Do.

Lee Mi Do turut mengucapkan terima kasih kepada pengarah drama itu, Jung Ji In dan Kim Sung Yong, serta krew produksi dan barisan pelakon yang banyak membantu dan menyokongnya.



Sumber Lee Mi Do bimbang kehamilan beri kesan pada drama

0 Response to "Lee Mi Do bimbang kehamilan beri kesan pada drama"

Post a Comment