CNN melaporkan 16 individu mendedahkan perbuatan Morgan dan lapan daripadanya mengakui pernah menjadi mangsa pelakon itu.
Mereka mendakwa, Morgan berkelakukan tidak senonoh ketika berada di set penggambaran selain ketika mempromosikan filem lakonannya.
Malah wartawan CNN iaitu Chloe Melas, turut tampil mendakwa dia juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual aktor itu.
Ia termasuk perbualan berbuar lucah termasuk sentuhan yang tidak sepatutnya.
Dalam pada itu, Morgan menyangkal semua dakwaan tersebut selain menjelaskan sesiapa mengenali dan pernah bekerja dengannya tahu sikapnya sebenar.
"Sesiapa yang mengenali dan pernah bekerja dengan saya tahu saya bukan seseorang yang sanggup atau sengaja melakukan perbuatan itu atau membuat sesiapa berasa tidak selesa dengan saya.
"Saya minta maaf kepada semua yang merasakan saya tidak menghormati dan tidak selesa dengan kehadiran atau perbuatan saya kerana ia bukan disengajakan," katanya.
Tuduhan terbaharu itu timbul selepas gerakan #MeToo dilancarkan ekoran penerbit terkenal Harvey Weinstein didakwa melakukan serangan seksual terhadap ramai selebriti wanita Hollywood.
Ramai selebriti dan pekerja industri tampil mendakwa pernah menjadi mangsa Harvey.
Sumber Lapan wanita mangsa gangguan seksual Morgan Freeman
0 Response to "Lapan wanita mangsa gangguan seksual Morgan Freeman"
Post a Comment