PELAKON Diana Amir menerusi laman Instagramnya mengumumkan kini sedang hamil anak ketiga.
Difahamkan kandungan pelakon filem 99 Kali Rindu ini berada dalam keadaan yang baik dan kini memasuki usia 12 minggu.
Menurut Diana, biarpun dalam keadaan hamil, dia sempat menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia baru-baru ini, dan hanya berdoa agar keselamatan bayinya terjaga sepanjang berada di sana.
“Alhamdulillah. Masa pergi Bosnia haritu untuk @misija4bosnia ada jugak rasa takut dalam hati nak pergi sebab tengah pregnant, tapi tawakal pada Allah untuk jaga keselamatan baby.
“Setakat ni semua nampak normal. Baby pun dok melompat-lompat je happy nak tunjukkan diri kat mummy aaa?? Hehehe..
“Khawlah nampak happy mula-mula nak tengok adik, pastu jadi takut. ‘Kenapa adik kaler biru’. Khadija pulak muka camni. Hahahhaa dia tak tahu apa-apa lagi. Bosan duduk dalam bilik doktor kot. Yayy awak nak jadi kakak khadija!!,” tulis Diana sebagai kapsyen pada gambar scan kandungan yang di muat naik.
Dalam pada itu, Diana turut meminta peminat mendoakan agar proses kehamilannya dipemudahkan dan bayi dalam kandungannya sihat dan menjadi anak yang soleh selain pengikat kasih sayang antara dia dan suami.
Diana mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Habibullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013 dan memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Khaulah Al Azwar, 3 dan Khadija Azzehra, 1.
Sumber
‘Kenapa adik kaler biru?’
Related Posts :
Pelajar Tahfiz diperintah masuk sekolah akhlak gara-gara sentuh kemaluan rakan sekolah tanpa kerelaan
SEORANG pelajar tahfiz diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Ampang , hari ini, untuk dimasukkan ke Sekolah Asrama Akhlak Sentosa, Sentul a… Read More...
Kenapa Malaysia melabur RM100 bilion di AS? Ini jawapan PM Najib yang perlu anda tahu
Malaysia perlu mengembalikan tahap interaksi dengan Amerika Syarikat, terutama dalam perdagangan, bagi meningkatkan lagi perdagangan dan pe… Read More...
'Dia (scammer) marah bila saya beritahu amaun dalam akaun bank tinggal puluhan ringgit'
Saya baru saja tadi dapat telefom scam kononnya daripada IPD Putrajaya. Masa tengah elok kerja tadi, tiba-tiba nombor +603-8886 2222 i… Read More...
'Ini video kedua, kami harap benda itu tak ganggu lagi selepas ini'
Susulan viral penghuni rumah sewa diganggu 'sesuatu' selama lima hari, Iskandar Zaidi, memuat naik video kedua yang jelas kedengaran b… Read More...
Pelaburan RM100 billion Malaysia di AS mengejutkan, adakah membantu AS lebih penting dari membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat … Read More...
0 Response to "‘Kenapa adik kaler biru?’"
Post a Comment