KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mendapatkan hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 kepada peminat bola sepak Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu dan beliau juga berharap dapat menerima jawapan yang baik dengan cepat.
“Seperti yang saya sedari, ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan RTM sekali lagi.
“Saya rasa kita perlu melakukan sedemikian untuk meningkatkan jumlah penonton di bahagian RTM, oleh kerana ianya merupakan acara peringkat dunia.
“Bagi saya, hal ini penting bagi RTM sebagai rangkaian TV nasional untuk menyiarkan tayangan secara langsung,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatannya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Muar dan ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terdapat keperluan untuk mencari jalan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 untuk peminat setempat.
Acara yang diadakan empat tahun sekali akan menjadikan Rusia sebagai tuan rumah dengan 32 negara dari lima konfederasi bola sepak yang bertanding di 12 tempat untuk memenangi piala yang berprestij itu.
Piala Dunia, yang digelar sebagai acara pertunjukan terbesar di dunia, akan bermula pada 14 Jun dengan Rusia sebagai tuan rumah bertembung dengan Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Luzhniki di Moscow pada pukul 6 petang (11 malam waktu tempatan).
— BERNAMA
Sumber
Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind
Related Posts :
Kencing manis dah 5 tahun tapi 3 bulan tak ambil insulin sebab percaya daun rerama boleh turunkan gula, akhirnya dalam usia yang muda gadis ini telah kehilangan ibunyaBaru berumur 15 tahun, sudah kehilangan ibunya gara-gara daun rerama
45 tahun, ibu seorang anak perempuan tunggal yang baru berusia 15 tahun… Read More...
4 Trik Pasal Youtube, PDF, Word dan Google Yang Ramai Tak TahuSetiap hari kita pakai pelbagai medium untuk lakukan kerja kita dan juga untuk hiburkan diri. Ada orang setiap hari kena guna word nak buat … Read More...
Beberapa pelakon wanita takut nak ganti tempat Neelofa dalam drama baru, bimbang peminat Lofattah marahBeberapa pelakon wanita dikatakan ‘takut’ untuk membintangi drama bersiri terbaru berjudul Hero Seorang Cinderella bagi menggantikan Neelofa… Read More...
Tak tahan asyik dicaci, King Coco tampil bidas haters suruh berubah dan perbaiki diri sendiriTAK habis-habis lagi tentang Marshaira Ismail atau lebih dikenali dengan nama glamornya, King Coco ni.
Satu demi satu kontroversi menyelubun… Read More...
200 peminat sambut kedatangan Kim Jong Kook ke MalaysiaKira-kira 200 peminat setia menunggu ketibaan bintang Running Man, Kim Jong Kook, 40, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, petang … Read More...
0 Response to "Kementerian cadang siarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung - Gobind"
Post a Comment