Kekuatan polis kawal Istana Negeri Sabah ditingkatkan

Presiden Warisan Shafie Apdal dijangka mengangkat sumpah sebagai ketua menteri malam ini.

Kenderaan polis mula memenuhi kawasan tepi jalan di laluan masuk ke Istana Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: kekuatan polis mengawal laluan keluar masuk ke Istana Negeri Sabah ditingkatkan menjelang majlis angkat sumpah ketua menteri Sabah pada 9.00 malam ini.

Tinjauan mendapati kenderaan polis memenuhi tepian jalan di laluan berhampiran Padang Merdeka sejak beberapa jam lalu.

Sekatan jalan ke Istana Negeri Sabah bermula sejak 6.00 pagi tadi dengan semua kenderaan awam termasuk para media dilarang memasuki kawasan berkenaan.

Difahamkan, hanya media rasmi kerajaan iaitu Bernama dan RTM saja yang dibenarkan berada di kawasan istana sehinggalah majlis angkat sumpah berkenaan selesai.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal dijangka mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada malam ini selepas mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Semua Adyb daripada gabungan parti berkenaan termasuk dari DAP, PKR, Upko dan ADUN BN yang menyertai Warisan menerima undangan dari istana bagi menyempurnakan majlis angkat sumpah.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Kekuatan polis kawal Istana Negeri Sabah ditingkatkan

0 Response to "Kekuatan polis kawal Istana Negeri Sabah ditingkatkan"

Post a Comment