PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang oleh syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity, ditamatkan 29 Mei.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata selepas tarikh tersebut tiada lagi lanjutan akan diberikan kepada Ocean Infinity.
"Selepas 29 Mei, keputusan akan dibuat sama ada perincian laporan akan didedahkan kepada awam atau sebagainya," katanya selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Loke berkata kerajaan sebelum ini melanjutkan pencarian MH370 sehingga 6 Mei dan selepas kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran, Ocean Infinity membuat permohonan untuk melanjutkan pencarian sehingga 29 Mei.
Menurut Loke, lanjutan pencarian sehingga 29 Mei itu tidak melibatkan apa-apa bayaran kerana ia merupakan atas dasar "No Cure No Fee".
Sehingga 6 Mei, katanya jumlah kawasan pencarian yang terlibat ialah 76,000 km persegi dan lanjutan sehingga 29 Mei dijangka melibatkan kawasan pencarian seluas 7,000 km persegi.
MH370 hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal.
-- BERNAMA
Sumber
Kabinet setuju pencarian MH370 berakhir pada 29 Mei
Related Posts :
Suami minta cerai, isteri campak anak 2 tahun dari tingkat 7Gila, ibu bapa bergaduh, anak yang menjadi mangsa. Kejadian ini berlaku di Hubei, China apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun… Read More...
Lelaki kahwin dengan wanita palestin walaupun baru 4 hari kenal“Hubungan dengan keluarga mentua sangat akrab walaupun saya tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu,” kata Israa A M Ahmad, 26 yang berhijr… Read More...
2 Budak 10 tahun diliwat peneroka felda warga emas 59 tahun di dalam kebunDua kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendakwa diliwat seorang peneroka berusia 59 tahun di dalam kebun tanah rancangan FELDA di sini, mal… Read More...
Padah tolak ajakan isteri untuk berjimak, suami dibelasah sampai matiSEORANG wanita dari Ahmedabad, India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh suaminya, baru-baru ini.
… Read More...
Kementerian Kesihatan cadang kenakan cukai minuman bergula demi kurangkan pesakit kencing manisKementerian Kesihatan bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengur… Read More...
0 Response to "Kabinet setuju pencarian MH370 berakhir pada 29 Mei"
Post a Comment