John Legend umum nama anak kedua

PENYANYI John Legend akhirnya berkongsi gambar cahaya mata keduanya di laman Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang terkenal dengan lagu All Of Me ini turut mendedahkan nama puteranya itu.

"Cinta baharu kami,  Miles Theodore Stephens," tulisnya dan gambar tersebut telah mendapat lebih sejuta tanda suka dan ucapan tahniah daripada peminat.

Sementara itu, isterinya, model Chrissy Teigen juga membuat pengumuman sama di Instagram miliknya dan turut berterima kasih di atas doa peminat terhadap keluarga mereka.

Miles dilahirkan pada Rabu lalu namun pasangan ini tidak mendedahkan maklumat terperinci di mana anak mereka dilahirkan.

John dan Chrissy berkahwin pada 14 September 2013 dan mereka turut mempunyai seorang anak perempuan, Luna Simone yang berusia dua tahun.



Sumber John Legend umum nama anak kedua

Related Posts :

0 Response to "John Legend umum nama anak kedua"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.