'Jangan jadi BN 2.0' - Himpunan bantah kenyataan MB Johor enggan beri peruntukan kepada ADUN pembangkang

Gara-gara membuat kenyataan yang tidak mengikut dasar Pakatan Harapan (PH), rakyat tampil menegur Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dengan mengadakan himpunan membantah kenyataan ADUN Kempas itu. 
Kira-kira 50 ahli ENGAGE (NGO) berhimpun secara aman dan Pengerusinya, Thomas Fann berkata, kenyataan Osman seolah-olah menunjukkan beliau tidak menghormati pilihan rakyat di negeri itu. 
"Kami sedih mendengar kenyataan beliau yang rata-rata seperti mahu membalas dendam terhadap kepimpinan kerajaan negeri sebelum ini. 
"Bagi saya, lebih baik mereka mendengar suara rakyat kerana rakyat yang memilih mereka," katanya. 
Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga meminta Osman memperbetulkan kenyataannya kerana dasar PH adalah bertanggungjawab dan adil dan tidak perlu mengikut cara BN mentadbir sebelum ini.
"Kawasan pembangkang juga harus dibantu, selain rakyat di situ perlu kita tolong dan utamakan. 
"Saya sudah maklumkan perkara itu kepada Osman, dia masih baru, kita bagi dia sedikit masa untuk 'steady'. 
"Dasar PH adalah sikap bertanggungjawab dan adil. Maknanya, jika kawasan itu mundur dan tidak kira penyokong, kita akan bantu. 
"Kita tak perlu bagi duit kepada dia (pembangkang), yang penting pelaksanaan boleh dijalankan oleh pejabat daerah tetapi tidak bermaksud di kawasan pembangkang tiada peruntukan. 
"Kita tidak mahu esok timbul isu berbangkit dan ketidaksamarataan dari segi tahap pembangunan. Kita tidak mahu kawasan pembangkang jadi kawasan terbiar dan rakyat susah. Jadi, pendekatan kita mestilah adil," katanya. 


Sumber 'Jangan jadi BN 2.0' - Himpunan bantah kenyataan MB Johor enggan beri peruntukan kepada ADUN pembangkang

0 Response to "'Jangan jadi BN 2.0' - Himpunan bantah kenyataan MB Johor enggan beri peruntukan kepada ADUN pembangkang"

Post a Comment