PEMAIN tengah Arsenal, Jack Wilshere, kecewa tidak tersenarai dalam skuad England untuk beraksi di Piala Dunia 2018 Rusia kerana beliau merasakan mampu memberi impak besar kepada pasukan.
Walaupun beliau sebelum ini dihimpit masalah kecederaan dan sekadar beraksi 38 perlawanan untuk musim ini bersama Arsenal, beliau menjelaskan kini berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.
Memetik laporan
Goal.com, Wilshere gagal menyerlah dalam perlawanan persahatan ketika bersama England menentang Belanda dan Itali seterusnya memaksa pengurus England, Gareth Southgate memanggil pemain Manchester City, Fabian Delph dan pemain Chelsea, Ruben Loftus- Cheek menggantikannya.
Jack Wilshere telah meluahkan kekecewaan tersebut di laman rasmi Twitter beliau.
“Saya ternyata kecewa apabila tidak disenaraikan untuk skuad England pada Piala Dunia akan datang. Saya berasa sangat cergas dan kuat sepanjang musim ini untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan,” kata beliau.
Bagaimanapun, beliau tetap menerima keputusan yang dibuat oleh pengurusnya dan akan tetap menjadi penyokong England sepanjang masa.
Selain Wilshere, beberapa nama besar dalam Liga Perdana Inggeris turut tidak tersenarai iaitu Joe hart (Manchester City), Adam Lallana (Liverpool), dan Chris Smalling (Manchester United).
Sumber
Jack Wilshere kecewa tidak tersenarai dalam skuad England
Related Posts :
Mayat banduan dibedah kali kedua kerana keluarga sangsi punca kematian, dakwa mungkin mati dipukul dalam penjaraMayat seorang tahanan Penjara Pengkalan Chepa, di sini, dibedah siasat kali kedua oleh Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ… Read More...
Lelaki tendang wanita tanpa sebab dipenjara 3 bulan, rayu ringankan hukuman kerana dia penjawat awamSeorang kerani di Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila tendang wanita tanpa sebab, mengaku bersalah bagi ke… Read More...
Hanya kerana makan daging lembu, 2 gadis india muslim dirogol 4 lelaki bukan islamGARA-gara dituduh memakan daging lembu, seorang wanita Muslim mendakwa dia dan sepupunya berusia 14 tahun dirogol oleh empat orang lelaki di… Read More...
Pelajar UniKL MICET jumpa vaksin virus Zika, perlu dana besar untuk penyelidikan secara klinikalSeorang pelajar sebuah universiti di kampus Alor Gajah, Melaka, Hariz Haikal Nasuha kini sedang membuat penyelidikan bagi menghasilkan vaksi… Read More...
Kuala Lumpur tersenarai antara bandar paling mewah dan stabil ekonomi di duniaBaru-baru ini firma perundingan terkemuka Arcadis mengeluarkan senarai bandar-bandar paling stabil dan mampan di dunia.
Menurut Arcadis, ia … Read More...
0 Response to "Jack Wilshere kecewa tidak tersenarai dalam skuad England"
Post a Comment