'Dia tak patut marah, budak-budak kan suka meniru' - Nam Ron

"Saya rasalah, budak Faiz Roslan itu terpengaruh dengan watak lembut yang Sharnaaz pernah bawa dulu tu. Cerita apa dia, tak tahu," demikian tweet yang ditulis pelakon Nam Ron di Twitternya. 
Terdahulu, netizen mengecam Instafamous Faiz Roslan yang memuat naik video kurang senonoh menunjukkan dirinya bersama dengan dua lagi rakan berpakaian seperti perempuan dan menari terkinja-kinja. 
Perkara itu mendapat perhatian Da'i Wan Dazrin, lalu membuat teguran sekali lagi agar lelaki itu sedar bahawa apa yang dilakukannya itu mencemarkan agama Islam. Tidak ketinggalan, pelakon Sharnaaz Ahmad juga memberi pandangannya mengenai perkara itu. 
ARTIKEL BERKAITAN: 
Namun bagi Nam Ron pula sebaliknya, yang mana katanya Sharnaaz patut 'berbangga'. 
"So saya rasa dia tak patut marah pada budak itu sebab budak itu terpengaruh dengan lakonan (dalam drama Suamiku Encik Sotong) powernya. Budak-budak kan suka meniru," tulis Nam Ron. 
Sebagai contoh, Nam Ron menjelaskan seperti kanak-kanak yang dahulunya mudah terpengaruh dengan cerita adiwira Superman sehingga ada yang terjun dari flat sambil memakai kostum Superman yang dibeli dari pasar malam. 
"Dulu masih cerita Superman. tengah hib, ramai gila budak-budak nak jadi Superman sampai ada terjun flat pakai baju Superman beli di pasar malam. Tapi tak ada pula Superman ugut nak tibai (pukul) mereka. 
"Dia (Sharnaaz) patut bangga sebab ramai budak-budak lelaki nak jadi lembut. Itu tandanya lakonannya berjaya memikat hati penonton," tulisnya. 


Sumber 'Dia tak patut marah, budak-budak kan suka meniru' - Nam Ron

0 Response to "'Dia tak patut marah, budak-budak kan suka meniru' - Nam Ron"

Post a Comment