BN Kelantan mungkin hilang DUN Galas, kata Nozula

Ketua Pembangkang DUN Kelantan membuat jangkaan itu berdasarkan kemerosotan sokongan rakyat kepada BN di Gua Musang.

Gambar Facebook.

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan kemungkinan hilang DUN Galas di Parlimen Gua Musang, kata Ketua Pembangkang Kelantan Datuk Nozula Mat Diah.

Beliau membuat jangkaan itu berdasarkan kemerosotan sokongan rakyat kepada BN di Gua Musang.

“Saya tidak meletakkan PAS akan menang di semua kawasan DUN di Gua Musang tapi kemerosotan undi BN berkurangan termasuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

“Di akhir tempoh berkempen ini menampakkan kita akan kehilangan DUN Galas yang merupakan kerusi panas,” katanya.

BN mempertaruhkan Mohd Syahbuddin Hashim di DUN Galas menentang calon PAS Suhaimi Mat Deris dan calon Pakatan Harapan Nasir Dollah.

Pada pilihanraya lepas BN menyapu bersih semua 3 DUN di Parlimen Gua Musang, yang dikatakan kubu kuat BN. Namun begitu, BN mempertahankan DUN Galas dengan majoriti 1,301 sahaja.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber BN Kelantan mungkin hilang DUN Galas, kata Nozula

0 Response to "BN Kelantan mungkin hilang DUN Galas, kata Nozula"

Post a Comment