Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani cedera dilanggar ketika berbasikal

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, mengalami kecederaan selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sewaktu berbasikal di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) menghala ke Jalan Kuching, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Azran Osman Rani, 47 tahun dipercayai berbasikal berseorangan sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Wira yang dipandu oleh pelajar berusia 20 tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan tersebut awalnya berada di lorong kiri menghala ke Jalan Kuching sebelum menukar laluan memasuki susur kiri menghala Damansara.

"Ketika cuba mengubah laluan, pemandu tidak perasan ada penunggang basikal di hadapannya lalu terlanggar belakang basikal mangsa.

"Mangsa dipercayai tercampak atas kenderaan lalu jatuh di atas jalan, menyebabkannya mengalami kecederaan pada kepala dan tangan kiri.

"Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Namun, kemalangan itu berlaku di jalan lurus yang mempunyai tiga lorong dan keadaan laluan kering dengan cuaca baik.

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan.

Manakala kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Azran pernah berkhidmat sebagai CEO iFlix Malaysia dan CEO serta pengasas bersama sebuah syarikat teknologi kesihatan.



Sumber Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani cedera dilanggar ketika berbasikal

0 Response to "Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani cedera dilanggar ketika berbasikal"

Post a Comment