Anwar tidak dibebaskan hari ini, 'it's just a matter of time' - Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan hari ini.

Menurut, Naib Presiden PKR dan anak Anwar, Nurul Izzah ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, beliau menafikan pembebasan ayahnya. 

Menurutnya, Anwar tidak akan dibebaskan hari ini. Soon to be released, it's just a matter of days. How I wish it was today," kata anak sulung beliau itu dalam mesej ringkas WhatsApp kepada Astro AWANI hari ini.

Ia berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Anwar telah mendapat Pengampunan Diraja hari ini dan akan dibebaskan segera.

Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di sini seawal jam 12 tengah hari.

Anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui berkata, beberapa dokumentasi perlu diselesaikan.

"Insyaallah. Akan dibebaskan hari ini.

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respon lanjut daripada beliau berhubung perkara ini.



Sumber Anwar tidak dibebaskan hari ini, 'it's just a matter of time' - Nurul Izzah

0 Response to "Anwar tidak dibebaskan hari ini, 'it's just a matter of time' - Nurul Izzah"

Post a Comment