anwar masuk wad
anwar masuk wad: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dimasukkan ke wad Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), di sini, hari ini, selepas tiga hari kembali ke pangkuan keluarga.
Anak sulungnya, Nurul Izzah, melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, bapanya mengalami kesakitan di bahu dan sedang menjalani pemeriksaan serta rawatan fisioterapi.
“Salam semua. Dia (Anwar) mengalami kesakitan pada bahu dan kini berada di HRC menjalani rawatan fisioterapi,” katanya.
Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, bagaimanapun tidak mengulas lanjut keadaan kesihatan bapanya itu.
Sejurus dibebaskan, Anwar mempunyai jadual agak padat apabila menghadap Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada jam 12 tengah hari.
Pada sebelah petang, beliau mengadakan sidang media di rumahnya sebelum menyampaikan ceramah umum pertama selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara daripada pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun.
Anwar dirawat di HRC selepas menjalani pembedahan bahu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 November 2017 selepas konvoi kereta membawanya dari HKL ke Penjara Sungai Buloh terbabit kemalangan jalan raya pada 22 September 2017.
Sumber: BH Online
Sumber
anwar masuk wad
Related Posts :
“Saya bayar $100K untuk isteri awak ‘bersama’ saya satu malam, boleh?” – Si isteri tergamam dengar jawapan suaminyaPasangan suami isteri sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Pokoknya, sejauh manakah kesetiaan pasangan anda dan apakah yang lebih penting … Read More...
Walaupun tengah sesak sanggup bagi kawan pinjam duit, tapi bila minta bayar balik ini yang jadi…
Walaupun tengah sesak sanggup bagi kawan pinjam duit, tapi bila minta bayar balik ini yang jadi…
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu… Read More...
“Nenek gua tak sekejam nenek lu bro” – Dikecam pakai baju kurung kedah dengan jeans koyak, ini respons Sharifah Amani
“Nenek gua tak sekejam nenek lu bro” – Dikecam pakai baju kurung kedah dengan jeans koyak, ini respons Sharifah Amani
Nama Sharifah Amani … Read More...
‘Pakcik ini bekerja sebagai buruh binaan, berkorban hantar anak jauh ke kolej di Utara’
‘Pakcik ini bekerja sebagai buruh binaan, berkorban hantar anak jauh ke kolej di Utara’
Baca coretan Norlisah Samsuri ini, terkenang za… Read More...
“Pergi salam makcik tu mintak duit raya” – Pesanan special buat ibu bapa sempena raya, jangan ajar anak-anak minta duit dengan orang lain
“Pergi salam makcik tu mintak duit raya” – Pesanan special buat ibu bapa sempena raya, jangan ajar anak-anak minta duit dengan orang lain… Read More...
0 Response to "anwar masuk wad"
Post a Comment