Penyanyi Lan Solo melahirkan rasa syukur apabila anak keempatnya, Nur Amna Qusandra yang mengalami masalah sumbing selamat menjalani pembedahan mencantumkan bahagian bibirnya.
Menerusi akaun Instagramnya, Lan memberitahu pembedahan tersebut telah pun selesai kira-kira jam 11.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

“ALHAMDULILLAH. Pembedahan bahagian bibir anak saya dah selesai. Tq doc & team! Tq jugak kepada semua yang mendoakan anak kami. InsyaAllah nanti kitorang update lagi pasal BabyXandra ye,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut Instagramnya mengucapkan tahniah dan berasa lega kerana pembedahan berjalan dengan lancar selain mendoakan kesejahteraan bayi comel itu.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, dan isterinya Nur Sheila Hassim, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.
Selain Quxandra yang selamat dilahirkan pada 24 Februari lalu, pasangan ini juga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
BACA: Sebak, Ramai Yang Tak Tahu Ini Rupanya Pengorbanan Lan Solo Untuk Baby Xandra
Sumber
“Alhamdulillah” – Lan Solo Syukur Pembedahan Cantum Bahagian Bibir Anak Selesai
Related Posts :
Tak Boleh Buat Majlis Kahwin Dekat Dewan, Keluarga Pengantin ‘Transform’ Reb4n AyamSiapa sangka, sebuah kandang ayam yang dianggap kotor dan jijik boleh diubah suai menjadi sebuah lokasi majlis pernikahan yang serba mewah. … Read More...
Erra Fazira Gembira Dapat Khatam Al-Quran, Akui Banyak Cabaran – ‘Setelah Bertahun Akhirnya’Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran hari ini bersama rakan-rakannya.
Setelah bertah… Read More...
[VIDEO] Nampak Kasut Rider Penghantar Barang Dah Lusvh, Lelaki Ini Cepat-Cepat Masuk Rumah..Rupanya Nak Hadiahkan KasutBerbuat baik kepada orang tidak mengira ketika susah atau senang. Bahkan, kebaikan yang dilakukan secara tidak langsung memperoleh ganjaran … Read More...
[VIDEO] Teruja Sangat Lama Tak Jumpa Boyfriend, Akhirnya Jatvh Tersemb4m Ak1bat Lantai LicinBagi pasangan yang bercinta, perhubungan jarak jauh ini adalah salah satu yang paling tidak disukai. Setiap pasangan yang bercinta ini mengi… Read More...
[VIDEO] “Monyet Pant4ng Tengok Tuan Jamah Aiskrim” – Sekali Siap ‘Transfer’ Dari MulutUmumnya, binatang peliharaan adalah makhluk yang patut dilindungi dan disayangi. Bagi yang suka akan binatang peliharaan, sudah semestinya h… Read More...
0 Response to "“Alhamdulillah” – Lan Solo Syukur Pembedahan Cantum Bahagian Bibir Anak Selesai"
Post a Comment