Pakaian tema juga tidak ketinggalan untuk menampakan lagi kemeriahan suasana majlis berkenaan.
Itulah yang dilakukan oleh penyanyi, Adele menyambut dengan tema Titanic.
Menerusi gambar yang dikongsi di Instagram miliknya, penyanyi kelahiran Tottenham, London, Adele mengenakan busana persis Rose DeWitt Bukater lakonan Kate Winslet.
Bukan sekadar pakaian, tetapi bergambar di tangga seperti gaya Rose. sekali pandang memang ingat Rose, rupanya Adele. Sambutan hari jadi Adele betul-betul masuk ke zaman filem Titanic yang satu ketika pernah menjadi fenomena hebat.
Selain menerima lebih satu juta like daripada pengguna IG seantero dunia. Adele dihujani dengan ucapan dan doa yang baik-baik.
"Dirty 30! I’m not sure what I’m going to do for the next 30 years as I’ve been blessed beyond words in my life so far.
"Thank you to everyone for coming along for the ride the last 11 years with me. My family and friends for entertaining my super fandom of the Titanic movie.
"Last night was the best night of my life. Here’s a couple pics," coretnya.
Sumber Adele sambut hari lahir tema Titanic
0 Response to "Adele sambut hari lahir tema Titanic"
Post a Comment