.jpg?ext=.jpg)
Pengampunan penuh mungkin milik Anwar Ibrahim. (Gambar: Uitm/malaysianaccess)
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan dibebaskan dari penjara Selasa ini.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Untuk yang tidak tahu, Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya.
Anwar kemudian menerima hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi.
Namun, baru-baru ini Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah menyatakan kesediaan Seri Paduka untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar Ibrahim.
Ia adalah pengampunan penuh. Ini bermaksud Anwar bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan.
Namun, sebelum mendapat pengampunan ini, terdapat beberapa prosedur perlu dilalui. Menerusi maklumat dikeluarkan Harian Metro, ini enam langkah yang perlu dilakukan.
1. HANTAR PETISYEN
Perkara paling utama dalam permulaan proses ini adalah menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan menerusi Mahkamah Tinggi sama ada oleh wakil atau pesalah.
2. MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN
Sebaik petisyen diterima, lembaga pengampunan akan mengadakan mensyuarat.
Antara ahli lembaga terlibat adalah Yang di-Pertuan Agung (juga pengerusi), Peguam Negara, Menteri yang menjaga hal ehwal berkenaan dan tiga lagi ahli yang dilantik.
3. KEPUTUSAN
Selepas mesyuarat, tibalah masa untuk membuat keputusan sama ada setuju dengan pengamunan terbabit atau tidak.
4. KEMBALI KE PROSEDUR PERTAMA
Sekiranya keputusan tidak menyebelahi pesalah, maka ia berbalik kepada prosedur pertama.
Namun jika setuju, proses akan terus ke prosedur ke-5.
5. PENGAMPUNAN
Jika keputusan ini dibuat, ini bermakna pesalah akan mendapat pengampunan, sekali gus akan dibebaskan.
6. PROSES TERAKHIR
Proses ini membabitkan pentadbiran di peringkat penjaga oleh peguam yang mewakili pesalah.
Sumber 6 Prosedur Yang Perlu Dilakukan Bagi Pengampunan Anwar Ibrahim
0 Response to "6 Prosedur Yang Perlu Dilakukan Bagi Pengampunan Anwar Ibrahim"
Post a Comment