BINTANG Manchester United, Alexis Sanchez, mendedahkan bahawa dia menghubungi Arsene Wenger bagi mengucapkan tahniah kepada jurulatih kelahiran Perancis itu yang kini bersedia meninggalkan Arsenal.
Tempoh 22 tahun Wenger di Arsenal akan berakhir pada hujung musim ini selepas meraih tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan tujuh mahkota Piala FA.
Pemain antarabangsa Chile, Sanchez, dipikat Wenger dari Barcelona untuk beraksi bersama Arsenal pada 2014 dan kemudian mengambil keputusan meninggalkan Stadium Emirates pada Januari lalu.
Dan Sanchez memberi penghormatan kepada bekas pengurusnya itu selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 United ke atas Tottenham dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, awal pagi tadi.
"Saya menulis kepadanya, bukan melalui media sosial tetapi saya menulis kepadanya secara peribadi. Saya memberi ucapan tahniah dan dia mengucapkan terima kasih kepada saya," kata Sanchez.
"Ia sedih kerana dia adalah legenda bola sepak, seorang lelaki yang sering menunjukkan hormat dan profesionalisme dan saya perlu memberi ucapan terima kasih untuknya."
Sanchez muncul Pemain Terbaik Perlawanan untuk menyingkirkan Tottenham, dengan tandukannya mengimbangi jaringan pembukaan Dele Alli sebelum Ander Herrera meletakkan United di depan pada babak kedua.
Ia adalah gol ketiga Sanchez untuk United sejak berhijrah dari kelab London itu.
Sumber
Sanchez anggap Wenger sebagai legenda
Related Posts :
Tak sampai 10 minit, 2 motosikal dilarikan: Hadiah RM5 ribu buat siapa yang dapat tangkap pencuri rumah bos D’nars SkincareTUMPAT – Tidak sampai 10 minit, dua motosikal dilarikan tiga pencuri yang memecah masuk rumah pengasas produk kecantikan D’nars Skincare, Fa… Read More...
“Apalah perasaan ibu bapa mereka bila anak membesar jadi loser” – Ahmad Idham balas komen haters kecam kegagalan filem Pencuri Hati Mr Cinderella
“Apalah perasaan ibu bapa mereka bila anak membesar jadi loser” – Ahmad Idham balas komen haters kecam kegagalan filem Pencuri Hati Mr Cind… Read More...
Seram tapi sedih: Dari aktif dan ceria bertukar jadi mayat hidup, lelaki kongsi kisah arwah tunangnya disihir hingga mati
Seram tapi sedih: Dari aktif dan ceria bertukar jadi mayat hidup, lelaki kongsi kisah arwah tunangnya disihir hingga mati
Walaupun dunia s… Read More...
Nizen Ayob Dedah Kena Buatan Orang, Paku Dan Rangka Gigi Dalam Kepala
Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Nizen Ayob mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nizen, 32… Read More...
“Siapa yang tidak marah apabila ada orang yang lakukan provokasi dan bercakap seperti kita tidak ada maruah diri!” – Hubungan Zulin Aziz dan Ariz Lufias renggang?NAMA ahli kumpulan Forteen, Ariz sebelum ini hangat dikatakan begitu akrab dengan penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz sehingga ada yan… Read More...
0 Response to "Sanchez anggap Wenger sebagai legenda"
Post a Comment