Razif, Mat Said sah tanding, Rosol Wahid muncul semula

Majlis pengumuman calon Barisan Nasional Terangganu untuk pilihan raya umum ke-14, 22 April 2018. — Foto ihsan Facebook/Aki YamaMajlis pengumuman calon Barisan Nasional Terangganu untuk pilihan raya umum ke-14, 22 April 2018. — Foto ihsan Facebook/Aki YamaKUALA TERENGGANU, 22 April — Seperti dijangka, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang diura-ura bertanding parlimen, sah mempertahan kerusi DUN Seberang Takir.

Jika beliau menang kerusi negeri dan BN membentuk kerajaan di Terengganu, beliau hampir pasti dilantik semula sebagai MB seperti yang dilapor.

Sementara Datuk Ahmad Said, yang sering mengkritik kepimpinan Ahmad Razif, turut tersenarai mempertahankan kubu kuat Kijal yang dimenanginya sejak 2004.

Paling mengejutkan, kemunculan semula Datuk Rosol Wahid yang bertanding di parlimen Hulu Terengganu, selepas tidak tersenarai pada pilihan raya umum 2013.

Rosol antara pemimpin Umno yang lantang mempertahan penyingkiran Datuk Idris Jusoh, sewaktu krisis menteri besar pada 2008. Idris pula mempertahankan kerusi Besut.

Berikut adalah calon BN untuk lapan parlimen dan 32 kerusi di Terengganu, lapor Bernama.

P033 Besut: Datuk Seri Idris Jusoh

N01 Kuala Besut: Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

N02 Kota Putera: Mahadi Musa

N03 Jertih: Datuk Muhamad Pehimi Yusof

N04 Hulu Besut: Nawi Mohamad

P034 Setiu: Datuk Mohd Jidin Shafee

N05 Jabi: Mohd Iskandar Jaafar

N06 Permaisuri: Datuk Abd Halim Jusoh

N07 Langkap: Datuk Sabri Mohd Noor

N08 Batu Rakit: Bazlan Abd. Rahman

P035 Kuala Nerus: Tengku Asmadi Tengku Mohamad

N09 Tepoh: Datuk Basir Ismail

N10 Buloh Gading (Teluk Pasu): Che Mansor Salleh

N11 Seberang Takir: Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman

N12 Bukit Tunggal: Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad

P036 Kuala Terengganu: Datuk Wan Nawawi Wan Ismail

N13 Wakaf Mempelam: Salleh Othman

N14 Bandar: Toh Seng Cheng (MCA)

N15 Ladang: Datuk Mohd Sabri Alwi

N16 Batu Burok: Zamri Awang Hitam

P037 Marang: Mohd Noor Endut

N17 Alor Limbat: Datuk Saiful Bahri Baharudin

N18 Bukit Payong: Toh Puan Zaitun Mat Amin

N19 Rhu Rendang: Datuk Nik Dir Nik Wan Ku

N20 Pengkalan Berangan: A Latiff Awang

P038 Hulu Terengganu: Datuk Rosol Wahid

N21 Telemong: Datuk Rozi Mamat

N22 Manir: Yusof Awang Hitam

N23 Kuala Berang: Datuk Tengku Putera Tengku Awang

N24 Ajil: Dr Ghazali Taib

P039 Dungun: Datuk Din Adam

N25 Bukit Besi: Roslee Daud

N26 Rantau Abang: Wan Zaukfli Wan Gati

N27 Sura: Datuk Zainun Abu Bakar

N28 Paka: Tg Hamzah Tg Deraman

P040 Kemaman: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

N029 Kemasik: Rosli Othman

N30 Kijal: Datuk Seri Ahmad Said

N31 Chukai: Datuk Mohamed Awang Tera

N32 Air Puteh: Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar



Sumber Razif, Mat Said sah tanding, Rosol Wahid muncul semula

Related Posts :

0 Response to "Razif, Mat Said sah tanding, Rosol Wahid muncul semula"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.