Hashim Abdullah berkata, tindakan akan diambil ke atas PH jika melanggar peraturan itu dan SPR belum terima notis rasmi daripada PH berhubung penggunaan lambang PKR.
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk semua parti komponennya menggunakan logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata, SPR belum menerima notis rasmi daripada PH berhubung penggunaan logo PKR itu.
“Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita.
“Kalau dia mahu guna logo baru dan sebagainya, kita kena beri kelulusan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR hari ini.
Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan semua calon PH, termasuk DAP, Amanah dan PPBM akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU14.
Hashim enggan mengulas lanjut berhubung keputusan PH menggunakan logo PKR.
“Kita jawab kemudian, nanti bila sampai masanya hendak bertanding. Saya hendak minta maaf sebab tidak ada lagi pengesahan dari parti berkenaan, ini cuma dia bercakap.
“Esok dia boleh cakap lain, tetapi saya pula sudah berikan komen pada hari ini. Nanti komen saya tidak kena, jadi macam main badminton,” katanya merujuk pemilihan logo oleh PH.
Pengerusi SPR itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap parti yang tidak bertanding pada PRU14, tetapi mengibarkan bendera mereka di sesebuah kawasan.
“Apabila kita tahu siapa bertanding, calon mana, parti politik mana bertanding, barulah kita mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam kawasan itu.
“Katalah di Putrajaya, bertanding cuma 3 parti, iaitu parti A, parti B dan parti C. Cuma parti A, B, C sahaja yang kita benarkan pasang bendera dan kain rentang di Putrajaya.
“Tetapi, mana-mana parti yang tidak bertanding dalam kawasan ini, kita tidak benarkan. Tidak kira dia parti kerajaan ke bukan parti kerajaan,” katanya.
Lambang ‘mata Anwar’ jadi pilihan PH pada PRU14
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber PH perlu kebenaran SPR guna logo PKR
0 Response to "PH perlu kebenaran SPR guna logo PKR"
Post a Comment