Peminat Rayu Tony Fernandes Bawa TVXQ ke Malaysia

Selepas mengejutkan netizen dengan berita perkahwinannya dengan wanita Korea sekitar tahun lalu, nama pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sekali lagi tiba-tiba menjadi bualan hangat peminat muzik K-Pop di Malaysia.

Sejak sejam lalu, akaun media sosial Instagram miliknya dibanjiri komen para pengikutnya serta peminat KPop selepas beliau berkongsi sekeping fotonya bersama anggota kumpulan lagenda KPop, TVXQ (juga dikenali sebagai Dong Bang Shin Ki) iaitu Lee Changmin dan personaliti TV, Oh Sang Jin.

Foto tersebut turut disertakan kapsyen menyatakan dia gembira dapat bertemu dengan dua personaliti popular berkenaan.

"Great night out with my buddies @sangjinoh and @changmin88 of DBSK also known as DONG BANG SIN KI . Off to blockchain now. #bigcoin," tulisnya.

Pelbagai reaksi dan komen daripada peminat di Malaysia yang terkejut tak kurang juga yang meluahkan rasa cemburu terhadap Tony kerana bertemu dan bergambar dengan idola kegemaran mereka itu.

Ada juga yang membuat spekulasi berkemungkinan pertemuan mereka juga seperti ada projek atau rancangan jalinan kerjasama antara syarikat Tony dan dua artis berkenaan.

Lantaran, ramai peminat yang meminta dan berharap, Tony dapat membawa TVXQ ke Kuala Lumpur dan menganjurkan konsert mereka di sini.

Selain Changmin, TVXQ dianggotai Jung Yonhu (U-Know). Seperti yang diketahui ramai peminat, kumpulan ini juga merupakan duta kepada syarikat penerbangan domestik Korea, Jeju Air.

Bersama line-up terdahulu (iaitu Jaejoong, Yoochun dan Junsu), TVXQ pernah mengadakan konsert The 1st Asia Tour: Rising Sun di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil pada tahun 2006.



Sumber Peminat Rayu Tony Fernandes Bawa TVXQ ke Malaysia

0 Response to "Peminat Rayu Tony Fernandes Bawa TVXQ ke Malaysia"

Post a Comment